Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Face Yoga' - Para Dermatologi Sahkan Senaman Muka Ini Jika Diamalkan, Jadikan Wajah 3 Tahun Lebih Muda Dari Usia Sebenar

Ditulis oleh farra vy, 24 Jan 2018


Menginjak peringkat umur 3 series (30an), wanita terutamanya mula panik dengan kondisi kulit muka yang sudah tidak menegang lagi.  Walaupun terdapat banyak produk atau rawatan dipasaran yang menawarkan jaminan wajah yang cantik namun, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kesan jangka panjang rawatan atau produk tersebut kepada tubuh badan.

Antara faktor-faktor lain yang membuatkan perubahan kepada kulit wajah adalah seperti dibawah:

  • Terdedah secara langsung dan lama kepada cahaya matahari terutama pada jam 10 pagi hingga 4 petang (cahaya ultraungu boleh menyebabkan kerosakan lapisan muka; berkedut, pecah, kasar dan kering)
  • Tabiat merokok boleh mengurangkan pengaliran darah bernutrien serta merosakkan fiber kolagen dan elastin yang bertujuan memberikan kekuatan pada kulit muka
  • Mandi air panas.  Ini kerana ia boleh menghilangkan sifat berminyak pada kulit
  • Menggunakan sabun yang menghakis.  Ia boleh menyebabkan kehilangan kelembapan kulit muka
  • Stress juga turut menyebabkan kulit muka menjadi sensitif dan penyebab terjadinya jerawat
Oleh itu, bagi mengatasi masalah kedutan muka atau kecepatan proses penuaan berlaku, antara kaedah yang boleh dijadikan amalan adalah dengan melakukan senaman muka.  Senaman ini dikatakan telah terbukti keberkesanannya yang boleh mengurangkan kedutan, dan menjadikan kulit muka sentiasa tegang, cantik dan muda sentiasa.

Bagaimanakah cara buat senaman muka supaya kulit nampak muda?

Menurut kajian, wanita yang telah mengikuti senaman muka ini kelihatan muda selepas 20 minggu (5 bulan).  Mereka mengamalkannya selama 30 minit setiap hari selama 8 minggu dan selang sehari selama 20 minggu yang seterusnya.

Selepas 20 minggu kemudian, para pengkaji telah meminta setiap wanita yang menyertai kajian ini untuk mendapatkan pengesahan daripada dermatologi dan terbukti setiap daripada mereka kelihatan 3 tahun muda daripada usia sebenar.

Jadi, dah sedia nak kekal 'sweet 17'? Mari ikuti senaman muka kekal muda seperti dibawah.

**Pesanan: Jangan terlalu overdo it atau kerap melakukan senaman tersebut kerana akan mempercepatkan kedutan.  

The V

Kebaikan: Mengurangkan eye bag, mengurangkan sembap/bengkak bahagian mata, drooping eyelids, mengurangkan kedutan sisi mata

Rawatan Alternatif Kepada: Botox & Pembedahan mata


The Smile Smoother

Kebaikan: Menghilangkan garis pipi & Kulit kendur

Rawatan Alternatif Kepada: Kulit muka kendur


Smooth The Brow

Kebaikan: Menghilangkan arisan mendatar didahi

Rawatan Alternatif Kepada: Botox


The Flirty Eyes

Kebaikan: Mengurangkan engkungan dalam mata & Lengkungan alis mata

Rawatan Alternatif Kepada: Eyebrow lift


The Girrafe 

Kebaikan: Mengurangkan garisan & Kulit kendur dibahagian leher

Rawatan Alternatif Kepada: Neck lift & jowl lift


Video Senaman Muka Awet Muda 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "