Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Enjoy Masa Terluang Anda Bersama Fattah Amin Dan Kim So Hyun Dengan NJOI Now


Banyak tayangan drama bersiri ditayangkan di Malaysia. Dan banyak juga yang best best dah habis ditayangkan dekat TV. Maka tak dapat la nak ulang balik sambil makan keropok serta kotak tisu tersedia di tepi sofa. Kadang tu rasa tak puas bila dapat tengok lakonan Fattah Amin ataupun pelakon Korea comel Kim So Hyun dekat TV. Rasa nak ulang tayang seharian.

Takpun pada yang kaki layan drama online yang terpaksa bersusah payah mencari pautan di website tak rasmi, terpaksa berhadapan dengan iklan pop-up yang sangat menjengkelkan, kalau rezeki dapat tengok pun kualiti videonya, ya tuhan.


via GIPHY

Nah! Tak perlu risau. Kini kita boleh tengok segala drama yang pernah ditayangkan dekat TV dan juga tayangan-tayangan terkini secara berulang-ulang dengan NJOI Now!




via GIPHY

NJOI Now adalah satu servis video strim yang boleh kita akses di mana-mana dan pada bila-bila masa dengan hanya menggunakan telefon pintar ataupun komputer peribadi. Asalkan ada internet, kita boleh akses semua cerita dan rancangan kegemaran kita untuk 18 saluran yang disediakan secara percuma ataupun dengan melanggan Syok Syok Pass.


Syok Syok Pass mempamerkan drama-drama popular yang bukan hanya terhad kepada drama Melayu Seperti Lafazkan Kalimah Cinta (mulai 5 Februari 2018), Red Velvet, Hero Seorang Cinderella, malah dilengkapi dengan drama-drama keluaran negara lain seperti Dolce Amore iaitu dari Filipina. Drama Korea yang cukup popular juga ada dalam pakej Syok Syok Pass seperti I Am Not A Robot, Radio Romance dan juga Mother. Dengan bayaran serendah RM5 untuk pas selama seminggu atau RM10 untuk pas bulanan, kita boleh layan rancangan-rancangan Korea serta drama-drama Melayu yang paling terkini. 




Cerita-cerita lama lakonan Fattah Amin pun NJOI Now dah sediakan secara kekal dalam servisnya seperti My Coffee Prince dan juga drama gandingan mantapnya bersama Neelofa dalam siri Suri Hati Mr. Pilot. Percuma dan boleh ulang tayang scene leleh air mata dan scene cairkan hati beribu-ribu kali! Kedua-dua drama catchy leleh ni juga korang boleh layan secara percuma. Korang hanya perlu daftar, masuk dan NJOI NOW.



Mana yang rasa drama-drama ni terlalu heavy untuk jiwa yang rapuh dan hati senipis tisu, rileks, boleh tenangkan diri balik dengan 18 saluran percuma yang NJOI Now tawarkan seperti Oasis, Awani, Prima dan pelbagai lagi. Yang bestnya buat peminat sukan, anda juga diberikan siaran Astro Arena secara percuma. Percuma beb! Siaran yang percuma kira cukup lah ‘garam’ dia,sukan ada, hiburan ada, berita ada, drama pun ada. Kalau nak lebih langgan je.



NJOI Now boleh diakses melalui laman web mereka ataupun muat turun je terus aplikasinya dalam telefon kalau nak lebih senang. Aplikasinya hadir untuk platform Android dan iOS. Mantap kan NJOI Now ni!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli