Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Elak Beratur Panjang Di Kaunter', PNB Lancar MyASNB Untuk Kemudahan Para Pelabur Saham

Ditulis oleh farra vy, 4 Jan 2018
Bagi memudahkan pengguna, PNB telah melancarkan sistem dimana para pelabur amanah saham boleh menyemak dividen tahun baru hanya dari rumah.  Jimat masa kan?

Mari baca perkongsian daripada Majalah Labur untuk memudahkan urusan pelaburan anda. 


Setiap kali tahun baru, para pelabur amanah saham mesti teruja nak update buku biru dan tengok berapa pelaburan terkumpul terkini. Masalahnya kaunter mesti akan penuh sesak dan perlu tunggu lama semata-mata nak kemaskini buku pelaburan.


Lebih-lebih lagi apabila Pulangan ASB Lebih 1 Sen Berbanding Tahun Lepas, lagilah ramai orang berpusu-pusu nak kemaskini dan membuat pengeluaran. Kesian kat makcik-makcik, pakcik-pakcik dan orang ramai.

Guna Saja myASNB, Cepat Dan Mudah

Berita baik bagi anda, PNB telah memperkenalkan myASNB bagi memudahkan urusan pelabur untuk: 
  • Menyemak pegangan portfolio – memaparkan baki semasa akaun unit amanah 
  • Menyemak status transaksi – memaparkan segala butiran transaksi unit amanah yang dilaksanakan melalui portal myASNB 
  • Melakukan pelaburan tambahan – Urusniaga belian unit dapat dilaksanakan secara atas talian. 
Hanya 3 Langkah Mudah




*Nota tambahan: Untuk urusan penjualan unit, tidak terdapat dalam portal. Anda masih perlu walk-in ke kaunter, dan ambil wang secara terus.

Langkah 1: Kemaskini Nombor Telefon Bimbit



Daftar dan kemaskini nombor telefon bimbit untuk tujuan penghantaran TAC. Anda perlu ke cawangan atau ejen ASNB untuk mendapatkan nombor akaun 12 digit yang baru, dan daftarkan nombor telefon terkini dalam database mereka.

Langkah 2: Layari Portal myASNB






Klik pautan https://www.myasnb.com.my/ dan pilih “Daftar di sini” kemudian pilih “Teruskan” dan seterusnya klik pada kotak “Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat dan Dasar Privasi” dan tekan butang “Setuju”.

Langkah 3: Isi Maklumat Pemegang Unit




Anda perlu isi butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan dan produk ASNB yang anda ada. Isi semua maklumat yang diperlukan untuk anda menetapkan ID Pengguna dan kata laluan untuk pendaftaran akaun.

Masukkan nombor telefon yang anda dah daftar di langkah pertama tadi, dan TAC 6-digit akan dihantar ke telefon anda. Masukkan nombor TAC 6-digit yang anda terima.

Dah siap ketiga-tiga langkah tersebut, sekarang bolehlah anda lakukan transaksi menyemak pegangan portfolio, menyemak status transaksi, dan melakukan pelaburan tambahan.

Tak perlu beratur panjang di kaunter lagi selepas ini, kecuali untuk jual unit amanah saham anda. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  5. dicoba keberuntungannya bersama kami, menangka n uang jutaan rupiah, hanya dengan minimal deposit 10.000
    yuk bergabung segera dengan kami di dewapk^^ segera di add pin bb kami D87604A1 :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "