Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elak Anak Makan Terlalu Banyak Makanan Segera Di Luar, Wanita Kongsi Resepi Mudah Membuat Sosej 'Homemade' Tanpa MSG

2 ulasan

Makanan segera sememangnya menjadi kegemaran anak-anak yang sedang membesar. Rasanya yang sedap serta mudah disediakan sentiasa menjadi pilihan ibu bapa yang ingin memenuhi selera anak-anak mereka.

Walaubagaimanapun, makanan segera bukanlah pilihan yang sihat untuk keperluan tubuh badan anak-anak yang sedang membesar. Tambahan pula, makanan segera mengandungi banyak perisa tambahan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Oleh itu, antara alternatif yang boleh dilakukan ibu bapa ialah menyediakan makanan secara homemade dirumah bagi menjamin khasiat dan kebersihannya.

Menerusi laman facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), Nurul Izzaty berkongsi resepi membuat sosej homemade yang mudah dan senang untuk di sediakan.

Jom kita cuba resepi sosej ini.



Salam semua warga MAHN,  minggu lepas ada buatkan sosej homemade untuk anak-anak.. takdelah 100% sama mcm beli yang frozen tu so siapa-siapa nak cuba buat zaty sertakan resepi di bawah. Resepi agak-agak je semua main campak takde sukatan.

Bahan-Bahan : 

- Isi ayam (zaty guna 1 keping bahagian dada)
- Bawang putih 1 ulas je
- Bawang besar/ bawang Holand
- telur 1 biji
- Mix herbs
- Secubit chili flakes(ikut kepedasan)
- Sayur ikut la nk letak apa zaty letak carrot je
- Garam
- Lada hitam / lada sulah
-Tepung ubi /jagung(ikut kuantiti ayam)zaty guna 2 sudu besar
- Air untuk blendkan bahan-bahan di atas(ikut keperluan)

Cara-Cara:



1. Mix semua bahan di atas sampai hancur dan mudah untuk korang piping nanti kecuali tepung ubi.

2. Dah siap tuang adunan dalam bekas dan masukkan tepung, gaul sebati rasa dah ok, masukkan dalam piping bag dan korang boleh start paipkan adunan dalam plastik ais krim atau apa-apa plastik korang nak guna ikut la kreativiti masing.



3. Kukus dalam 20-30 minit ikut suhu api masing. Dah siap kukus terus rendam sosej yang siap tu dalam air ais selama 5 min untuk bagi dia pejal-pejal. Dah siap tu korang boleh la nak mkan terus ke, goreng ke atau frozen kan sahaja.



Sumber- Nurul Izzaty

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli