Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dituduh Tak Bayar GST Dan Terlibat Kes Syabu, Wanita Ini Terima Panggilan Dari Sekumpulan Lelaki Kononnya Dari IPK Kedah

Ditulis oleh seventeen century, 29 Jan 2018

29 Jan - Mendapat panggilan dari seseorang yang kononnya menyamar sebagai pihak berkuasa bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Perkara sebegini telah kerap kali berlaku kepada  sesetengah individu.

Modus operandi mereka semuanya seakan sama dan tujuannya adalah untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah. Si pelaku akan menelefon mangsa dan menagku sebagai pihak berkuasa dan meminta mangsa memasukkan duit ke akaun mereka atas sebab-sebab yang tidak munasabah.

Seperti yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook, Fazimah Md Bazid yang telah menerima satu panggilan yang kononnya dari pihak kastam negeri Kedah. Mereka menyatakan bahawa Fazimah telah dikeluarkan notis amaran terakhir kerana gagal membayar cukai GST sebanyak RM16 ribu akibat daripada rampasan telefon bimbit sebanyak 103 unit yang dirampas di pusat pemeriksaan kastam Bukit Kayu Hitam.


Suspek juga memiliki maklumat penuh mengenai Fazimah termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalannya. Namun, Fazimah menafikan sekeras-kerasnya tentang perkara tersebut. Kemudian suspek kononnya menyambungkan talian itu ke Ibu Pejabat Kontijen Kedah.

Talian itu terus disambungkan kepada Sarjan Hamizi bin Ismail. Fazimah meminta nombor badan sarjan tersebut namun dia menegaskan itu adalah perkara rahsia. Selepas disoal siasat, Fazimah diminta untuk ke IPK Kedah untuk siasatan lanjut. Memandangkan ketika itu Fazimah berada di Selangor, mereka memberi pilihan kepada Fazimah untuk membela diri menerusi panggilan telefon dan dirakam oleh mereka.

Kemudian, panggilan itu diserahkan pula kepada Sarjan Taufiq dan sarjan Taufiq meminta untuk mangsa menunggu sebentar untuk dia melakukan pemeriksaan jika Fazimah pernah terlibat dengan mana-mana kes jenayah sebelum ini. Selepas bebeapa mint, mereka mengatakan kononnya Fazimah pernah terlibat dengan satu kes saybu seberat 16 kilogram dan waran tangkap telah dikeluarkan untuk menahan Fazimah.


Sarjan Taufiq tiba-tiba sahaja meninggikan suaranya kepada Fazimah dan menuduh wanita berkenaan juga terlibat dengan satu kes penjualan akaun bank kepada seorang pegawai bank dengan harga RM200 ribu yang telah dimasukkan ke akaun saya. Apabila mangsa mengatakan ingin membuat laporan polis di balai polis berdekatan, Sarjan Taufiq melarang sekeras-kerasnya dan mengugut Fazimah akan direman kerana tidak memberi kerjasama kepada pihak polis.

Jom ikuti perkongsian Fazimah apabila beliau menerima panggilan penipuan oleh sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai pihak polis. Semoga menjadi pengajaran kepada semua.

Bismillahirrahmannirrahim & Assalamualaikum wbt.

Ini cerita pagi ini saya nak berkongsi dengan semua ahli keluarga, saudara mara & sahabat2 di FB.

Saya menerima panggilan daripada 04-7742022, sebuah panggilan dr pihak Kastam di Kedah. Pegawai tersebut bernama Mohd Riduan b Samsul WK04. No ruj kes UKKK786/12/2017. Sy dimaklumkan bahawa Notis amaran terakhir telah dikeluarkan pada hari ini berkenaan GST sebanyak RM16,000.00 yg masih tertunggak akibat drpd rampasan telefon bimbit Samsung sebanyak 103 unit yg dirampas pada 27.4.2017 di Kastam checkpoint Bukit Kayu Hitam. Pihak Kastam telah membacakan nama penuh & no kad pengenalan pelaku dan ia sama dgn nama penuh & i/c sy. Sy menafikan sekeras2nya dan mereka melanjutkan perkara ini ke pihak IPK Kedah.

Talian itu disambungkan terus ke IPK Kedah dan sy ditemubual oleh Sarjan Hamizi bin Ismail. Sy ada juga meminta no badan Sarjan tersebut ttp katanya ianya adalah rahsia. Selepas disoal siasat dan sy masih menafikan dan mereka meminta sy hadir ke IPK Kedah. Akibat jarak balai terlalu jauh kerana sy di Selangor, mereka memberi option kepada sy utk membela diri dgn membuat laporan secara dlm talian dan dirakam. Sy bersetuju dan dlm masa yg sama sy ada terfikir utk rekod dr HP sy ttp sy tidak melakukan mungkin kerana perasaan yg gelisah ketika itu. 





Sarjan tersebut memulakan rakaman dan meminta supaya tiada org ketiga ketika rakaman dilakukan. Beberapa soalan diajukan kepada sy dan setelah itu sarjan tersebut menyerahkan kes kepada sarjan Mohd Taufiq untuk tindakan selanjutnya. Kemudian Sarjan Taufiq meminta sy menunggu di talian kerana ingin membuat semakan di bahagian IT utk menyemak jika sy pernah terbabit dlm mana2 kes jenayah. Sy mendengar perbualan sarjan tersebut melalui walkie talkie (keadaan sgt real ketika itu dgn cara dan perbualan mereka) dan pihak IT tersebut menyatakan bahawa nama sy tersenarai dlm kes syabu seberat 16kg dan waran tangkap sudah pun dikeluarkan utk menangkap sy. Ketika itu luluh rs jantung dan mcm2 bermain dlm fikiran walaupun sy tau sy tak melakukan jenayah ini.

Sarjan Taufiq meninggikan suaranya kepada sy utk sy mengaku kerana di dlm kertas siasatan sy ada wanita yg telah menjual acct CIMB sy kepada Pengurus CIMB Kedah yg bernama Roslan bin Johari yg telah ditahan 5 hari lalu dan sy diberi ganjaran sebyk RM200k yg telah pun dibank in ke akaun sy. Sy menafikan tiada perkara begini berlaku dan sy minta utk membuat laporan polis ke balai berdekatan. Sarjan melarang keras sy ke mana2 balai kerana katanya sy akan direman kerana tidak memberi kerjasama kepada pihak polis. Ketika itu sy seperti tiada pilihan dan sarjan seprti memaksa sy mengaku perkara yg sy tidak buat. Katanya lagi dia boleh membantu sy asalkan sy tidak mendedahkan perkara ini kepada sesiapun termasuk suami. Sy cuba berdolak dalih dan sarjan seperti tidak berpuas ht kerana katanya sy cuba drag kan perkara ini terlalu lama. Bygkan panggilan diterma dr jam 9.00pg dan sehingga jam 10.45pg msh tiada keputusan.

Sy risau dan rs agak gementar ketika itu dan sy menangis. Sarjan itu meminta sy bertenang dan katanya sy ada 2 pilihan utk selesaikan masalah ini.

1. Reman 45 hari. Jika tidak bersalah akan dilepaskan

2. Membayar wang jaminan sebanyak 5ribu dan jika tidak bersalah wang tersebut akn dikembalikan dlm ms 24jam.

Sy memberitahu sarjan yg sy tiada duit namun dia suruh sy dapatkan juga. Dari situ (ALLAH membantu sy) sy seperti rs pelik dan tersedar bahawa perkara ini seperti scam. Sy mula mempertikaikan caranya tp sy ditengking kerana cuba mengganggu proses pihak polis. Dalam sy menangis sy melawan dan mempertikan bahawa pihak polis tidak berhak utk menengking dan meninggikan suara. Sy menegaskan bahawa sy tidak boleh menerima cara begini dan sy perlu ada di balai polis utk membela diri sy.

Sarjan cuba memujuk sy dan sekali lg meminta sy bank in duit jaminan itu dan akan memberi sy no akaun personal auditor di Mahkamah. Sekali lg sy pertikaikan...kenapa personal acct?? Sy minta utk membuat bayaran di mana2 mahkmah dan dia msh tidak berpuas ht. Sy menangis lg dan sy tekankan bahawa sy ingin ke balai polis sekarang dan dgn nada yg tinggi, dia minta sy jgn matikan talian dan menyediakan 2 psg bj kerana setibanya di balai polis dia akan meminta pihak balai utk menahan sy. 




Tanpa kata apa2..sy tinggalkan HP di meja office dan keluar meminjam HP staff sy utk sy call suami. masa tu airmata ni dah xboleh nak bendung lg dah dan husb meminta sy bertenang sementara dia semak dgn kawan (Polis). Sy kebilik semula dan melihat talian sudah pun terputus selepas 2 jam lebih disoal siasat. Sy membaca di ruangan whatssup dan ternampk satu no HP 013-9668481 telah menghantar satu surat dr Mahkamah Persekutuan utk membuat tangkapan terhadap sy. Selepas menunjukkan surat kepada husband ..sy dinasihatkan utk membuat laporan polis dan kes ini dianggap scmmer / sindiket.

Untuk makluman semua, cara2 yg mereka2 gunakan sangat real..dr panggilan tel, cara siasatan dan ketegasan mereka. maybe kerana sy tidak berapa tahu cara2 anggota kita membuat siasatan so perkara sebegini sedikit sebyk mempengaruhi dan mudah dipercayai. Sy berharap perkara begini dpt diselesaikan oleh pihak berkuasa dan tidak berlaku kepada sesiapa. Semoga kita dilindungi Allah SWT dan dijauhi drpd perkara2 begini. Allahai..ssh hati sungguh sy.


*Semua nama anggota polis di atas adalah satu penipuan - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Update Betting adalah situs judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
    Depo/wd hanya 50rb saja loh.. mari daftar

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "