Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dituduh Mahu Suami Mati Cepat Kerana Tak Ikut Cakap Saudara Mara Bawa Suami Jumpa Bomoh Untuk Berubat Kanser

Ditulis oleh Eddy Hassan, 9 Jan 2018
4 ulasan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masih ada lagi masyarakat moden hari ini yang percaya dengan rawatan yang ditawarkan oleh bomoh, pawang atau apa sahaja istilahnya dalam merawat sesuatu penyakit. Walaupun penyakit tersebut boleh diubati menggunakan kaedah moden, namun cadangan ataupun mungkin disebabkan desakkan orang di sekeliling, ada yang memilih kaedah rawatan tersebut.

Tapi yang menjadi dilema, bila desakkan tersebut datang dari keluarga sendiri. Tak ikut, dikatanya tak hormat pendapat orang lain, dituduh tak taat pada yang tua. Macam kisah yang dikongsikan oleh Dr Hana Hadzrami ini mengenai kekusutan yang dialami oleh seorang isteri kerana dicemuh dengan pelbagai tuduhan gara-gara tidak mahu menggunakan perkhidmatan bomoh yang disarankan oleh saudara-mara.

Kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda di bawah.

CAMPUR TANGAN

Seorang rakan yang suaminya menghidap kanser pernah memberitahu saya, perkara yang menyedihkan dia lebih dari penyakit suaminya ialah campurtangan daripada saudara maranya.

Mereka tak suka rawatan moden yang disarankan doktor pakar kepada suaminya, lalu menyalahkan si isteri kerana menolak rawatan tradisional dan berbomoh. Bermacam-macam tohmahan dilontar kepada si isteri; isteri derhaka, isteri yang suka suami mati cepat dan isteri pengikis harta dan banyak lagi.

Sudahlah dia tertekan dengan penyakit suaminya, terkejar-kejar dengan tanggungjawab mengurus rumah dan mencari rezeki, dituduh bermacam-macam pula.

Pada saya, kalau tak dapat membantu, usahlah kita menambah beban lagi. Betul niat baik nak pesakit sembuh cepat, tetapi berpada-padalah memberi cadangan. Ahli keluarga pesakit sendiri sedang gigih berusaha mendapatkan rawatan canggih yang dicadangkan pakar, kenapa kita nak menyibuk lagi? Bukan kita yang nak menjaga si pesakit pun.

Paling tak boleh lupa ialah kisah seorang bayi yang meninggal dunia setelah memakan ubat herba tradisional akibat pendarahan dalam perut. Bayi itu sememangnya ada penyakit kronik yang stabil, namun telah diberikan herba dan tonik oleh ibubapanya sendiri berikutan paksaan saudara-mara termasuk datuk dan nenek bayi itu sendiri. Setelah bayi itu meninggal dunia, masih lagi ibubapanya disalahkan konon tidak menghabiskan herba tersebut mengikut arahan.

Selalu saya perhatikan ahli keluarga pesakit mendapat tekanan bukan dari orang jauh, tetapi dari saudara-mara sendiri. Dipaksa mencuba rawatan itu dan ini, dibawa berjumpa bomoh sana dan sini. Untuk apa? Memuaskan ego sendiri ke?

Sudahlah memberi tekanan kepada keluarga pesakit, memaksa mereka berhabisan ribuan ringgit membeli suplemen tak berfaedah lagi berbahaya, mahu rosakkan akidah mereka pula!

Ingatlah mafhum firman Allah SWT yang menyuruh kita mematuhi perintah ibubapa selagi bukan perkara buruk dan perkara mensyirikkan Tuhan. Berjumpa bomoh, bertanya pendapat bomoh dan menjalani rawatan dengan bomoh, tak kira menggunakan medium jin jenis apa, pun termasuk dalam perkara mensyirikkan Tuhan.

Berilah sokongan moral, bantuan tenaga atau bantuan kewangan kepada keluarga pesakit. Usah masuk campur dalam keputusan yang dibuat oleh mereka.

Kecuali anda sendiri nak menjaga, anda sendiri nak menanggung akibatnya.

Hana Hadzrami
Suka pastikan sudu tak melebihi kuah

Sumber : Hana Hadzrami
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "