Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dah Nampak Tali Gantung, Apa Pun Tak Guna," Lelaki Ini Beri Nasihat Penting Buat 'Kaki Travel' Ketika Di Lapangan Terbang

Ditulis oleh seventeen century, 19 Jan 2018
Gambar Hiasan
19 Jan - Baru-baru ini telah tular dilaman sosial seorang wanita rakyat Malaysia yang ditahan oleh Pihak Kastam Australia kerana menjumpai kotak berisi duit berjumlah AUD26 ribu.

Kotak itu didakwa dikirim oleh kakitangan agensi pelancongan yang beliau gunakan untuk ke Australia. Menurut staff berkenaan, di dalam kotak tersebut cuma ada keropok dan juga Milo yang dikatakan sukar didapati di Australia.

Perkara sebegini harus dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang suka melancong, terutamanya ke luar negara. Jangan sesekali menerima apa-apa bentuk bungkusan, kotak dan sebagainya untuk didaftarkan atas nama anda.

Seorang pengguna Facebook yang juga 'backpaker' bernama Mazlan Zonan, telah berkongsi beberapa nasihat kepada rakyat Malaysia khususnya kepada yang selalu berada di lapangan terbang.

Menurut beliau, ada beberapa isu yang pernah berlaku di lapangan terbang untuk dijadikan pengajaran buat pengembara tegar. Memang isu ini nampak kecil tetapi jika diambil mudah, mampu membawa anda ke tali gantung.

Gambar Hiasan
Mazlan juga menulis, jangan menerima apa-apa kiriman daripada orang lain terutama yang sudah siap dibungkus dan jika barang yang baru anda beli dinasihatkan agar bungkus sendiri untuk tidak timbulkan apa-apa masalah kelak.

Selain itu, jangan sesekali satukan beg anda dengan kawan yang baru dikenali melalui group travel. Lebih baik daftar masuk secara berasingan dan membayar lebih untuk itu asalkan anda selamat pergi dan pulang.

Tambah Mazlan lagi, jangan sesekali berani untuk memegang barang orang yang tak dikenali di lapangan terbang. Jika ada yang meminta anda pegangkan untuknya, minta sahaja dia meletakkannya di pondok polis atau kaunter-kaunter yang sepatutnya.

Isu travel agent yang di tuduh cuba seludup duit melalui client dia tu patut di jadikan pengajaran buat traveller-traveller yang selalu singgah di airport. Issue ini berat. Bukan isu kecil. Nasib baik duit kalau dadah?

Ade beberapa isu di airport yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali gantung nak senyum pon tak lalu bang.


Gambar Hiasan
1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya...apa lagi yang sudah siap di bungkus.. kalau barang2 baru yang di beli sebaiknya anda bungkus sendiri...supaya tidak ada benda-benda terlarang di bawa bersama melintasi border control..

2. Jangan combine bag dengan travel buddies yang baru kenal kat group2 travel.. biar la check in asing2 dan bayar lebih.. kita tak tau apa yang ade dalam bag kawan tu... kecuali travel buddies anda jenis boleh share spenda ngan anda ok la...

3. Jangan pernah biarkan begpack anda tidak berbalut/ tanpa raincover.. boleh membuatkan anda kehilangan nyawa... kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang2 terlarang di beg anda... kalau anda lepas beg anda akan di curi.. kalau anda xlepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan jadi banduan akhir...

4. Jangan berbaik hati offer anda punya space luggage untuk orang2 yang overweight luggage yang berada di depan or di sebelah anda... kalau nak tolong die beri duit lebih baik untuk keselamatan anda dari beri space luggage anda... even telebih 1 2kilo jgn la bagi depa checkin beg bawah nama anda... kalau 1 2kilo tu semua ganja tak pasal2 masuk bawah akta 39B = mati

5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport... kalau ade orang mintak tolong suruh je dia letak dekat pondok polis,kaunter information atau mana la yang selamat untuk bag dia, yang penting bukan di tangan anda... walau yang mintak tolong tu maria ozawa sekali pon tolong la jangan pegang kan.


Foto: Mazlan Zonan
6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut, mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.. kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau...

7.jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan, bawak saja kemana anda pergi walau ke toilet sekali pon takut di masukkan benda2 terlarang oleh sindiket2 tertentu...

Ada kisah benar, pasal seorang pemuda yang mana beliau sudah arwah di tali gantung.. semasa di airport berhampiran tandas seorang lelaki tergesa2 hendak masuk ke tandas (macam org cirit)dan meminta dia pegang briefcase dan terus berlari masuk ke toilet, kurang dari 5minit pemuda itu telah di kepung dan ternyata di dalam briefcase itu adalah dadah. Lelaki yang lari ke tandas tu dah hilang entah kemana.

Ps:- cerita ini di ceritakan oleh sepupu pemuda itu, kalau cerita ini tipu ambil je pengajaranya bukan persoalkan kerja polis..

Apa-apa hal, happy traveling guys. Stay safe. Jangan baik sgt, selfish bertempat. 


BACA: ''Kata Kotak Keropok, Saya Kena Soal Dengan Kastam Australia Macam Penyeludup,'' Wanita Dakwa Dianiya Pekerja Agensi Perlancongan. -  Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  2. Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "