Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Kes Jenayah Biasa Saja, Polis Juga Terpaksa Tangani Lebih Seribu Kes Ilmu Hitam Dan Bomoh Tahun Lepas


Selain bertugas menjaga keselamatan awam dan menangani pelbagai jenayah moden seperti kejadian merompak, membunuh dan kegiatan kongsi gelap, pihak polis juga tidak dapat lari daripada menerima aduan berkaitan ilmu hitam / mantra melibatkan bomoh dan alam ghaib yang berlaku dalam masyarakat moden hari ini.

Sumber memberitahu seperti yang dilaporkan The Star, kes berkaitan ilmu hitam ini termasuk kes yang berlaku melalui atau di dalam alam siber. Manakala laporan mengenai bomoh pula termasuklah pelbagai perkara seperti masalah kesihatan sehingga membuang sial seseorang.

Sumber yang sama juga memberitahu ada juga laporan yang dibuat membabitkan rakan sekerja yang didakwa mengenakan mantra terhadap diri pengadu.

Antara contoh kes yang berlaku adalah membabitkan seorang lelaki berusia 51tahun yang membuat aduan polis di Negeri Sembilan pada 19 Disember lalu yang mendakwa menjadi mangsa ilmu hitam saudara perempuannya hingga menyebabkan dirinya gagal mengawal nafsu syahwat.

Pada 31 Disember, lelaki tersebut sekali lagi tampil membuat aduan dengan mendakwa perbuatan ilmu hitam tersebut menyebabkan dirinya mudah terangsang tanpa mengira tempat.

Dalam satu kes yang lain pula, seorang wanita berusia 39 tahun membuat laporan di Kuala Muda, Kedah pada 24 Disember lalu yang mendakwa dirinya telah menjadi mangsa ilmu hitam seorang lelaki berusia 53 tahun yang dikirim 'dihantar' media sosial.

Dakwa wanita itu lagi yang bekerja di sebuah kilang, dia menjadi mangsa lelaki tersebut sejak tahun 2015 hingga dia terpedaya dan beberapa kali melakukan hubungan intim bersamanya.

Menyedari dirinya menjadi mangsa buatan orang, dia kemudiannya berjumpa dengan seorang bomoh bagi menghilangkan mantra tersebut sebelum membuat laporan polis.

Pihak polis juga berhadapan dengan aduan melibatkan kes penggunaan bomoh Siam yang menuntut bayaran bagi ramalan cabutan loteri. Kumpulan yang terlibat akan mengiklankan perkhidmatan ramalan bomoh Siam mereka dan meminta bayaran deposit terlebih dahulu bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Sebaik deposit dibayar, pihak terbabit kebiasaannya akan meminta bayaran kedua di mana jumlahnya boleh mencecah ribuan ringgit.

Bagaimanapun, pelanggan yang cuba meminta balik bayaran deposit seringkali menerimu ugutan daripada pihak yang terlibat.

Antara kes lain membabitkan aktiviti paranormal adalah mangsa yang membuat aduan ditipu dengan membeli azimat atau barangan yang didakwa boleh menyebabkan mereka menjadi kaya.

Sumber tersebut turut memberitahu bahawa sebanyak 1,172 laporan telah diterima oleh pihak polis pada tahun lalu berkaitan ilmu hitam dan amalan menilik nasib dan tambahan 1,320 aduan lagi yang mendakwa menjadi mangsa pukau sebelum di samun di seluruh negara.

Manakala bulan Januari tahun lepas mencatatkan rekod laporan tertinggi sebanyak 129 kes, diikuti Februari dan Mac dengan 104 kes.

Tambahnya lagi, kebanyakkan aduan yang dibuat mangsa akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Menurut Ketua Polis Melaka, Deputi Komisioner Abd Jalil Hassan, majoriti mereka yang terlibat adalah mereka yang dikategorikan sebagai warga emas.

“Mereka begitu mudah ditipu terutama jika berdepan masalah kesihatan.

“Mereka sepatutnya mendapat rawatan kesihatan di tempat yang disediakan bukan mendapatkan bantuan bomoh yang lebih bermatlamat untuk mendapatkan habuan,” katanya yang turut memberitahu bahawa polis tidak dapat mengambil tindakan dalam kebanyakkan kes kerana kekurangan bukti.

Sumber : The Star
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  2. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli