Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Bukan Jiran Tak Marah, Tapi Belum Marah," Sidai Kain Di Pagar Rumah Jiran, Kalau Jiran Bagi Pun Tolonglah Minimumkan

Ditulis oleh Sha Rossa, 11 Jan 2018
2 ulasan


Lumrah hidup berjiran pastinya kita tidak dapat mengelak dengan pelbagai ragam manusia. Untung jika dapat jiran yang baik dan menghormati satu sama lain namun ada juga yang terpaksa menghadap kerenah jiran yang pelik dan tak suka hidup bermasyarakat.

Paling ketara, pagar jiran dijadikan penyidai terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan taman perumahan. Lebih teruk lagi ada yang tidak pernah bertegur sapa tapi saban hari terpaksa menghadap gantungan baju yang banyak di pagar rumah.

Isu ini nampak remeh, namun sekiranya jiran anda tidak menyenangi perbuatan itu, pastinya memberi impak yang besar dalam kehidupan berjiran anda.

Persoalannya kini, pernah atau tidak anda menyidai pakaian di pagar yang dikongsi jiran? Sekiranya pernah, ada atau tidak anda mendapat keizinan jiran anda?

Perkongsian Dr Syahr Musafir di laman sosial facebook mungkin menyebabkan anda berfikir dua kali sebelum melakukannya.

Pagi ini terbaca "Tip Sidai Kain....". Ada kebaikan yang banyak, boleh dicuba oleh para ibu bapa yang nak senang dan cepat sidai kain. Saya tak ada sebarang komen tentang tips yang ditulis. Cuma saya TERTARIK kepada gambar yang terpapar.


Melihat gambar terpapar, kita faham bahawa itu adalah pagar rumah yang dikongsi bersama jiran rumah sebelah. Tak kisah rumah teres atau semi-D atau banglo sekalipun, nampak jelas pagar tersebut dikongsi oleh duarumah.

Jadi, apa yang kita sangkut, sidai atau letak di pagar tersebut juga boleh dilihat dan nampak oleh jiran sebelah rumah. Saya, secara jujur dan rendah diri, nak berikan saranan supaya kita TIDAK sidai kain cara sebegini dalam gambar ini. Pelbagai alasan, terutamanya pagar itu juga hak jiran. Kalaupun jiran tak nak guna pagar tu, tak indah mata memandang kain-kain 'beratur' di pagar rumahnya.

Kalau kita sudah beritahu dan diberi izin oleh jiran, silakan berbuat demikian tetapi ada baiknya kita minimumkan berapa kali kita sidai cara sebegitu. Janganlah setiap hari gantung baju-baju sebegitu. Dua tiga kali hari bekerja saya rasa OK. Tetapi kalau hari hujung minggu jiran ada tetamu berkunjung ke rumahnya, kain-kain sidaian tergantung sebegitu tak berapa eloklah, walaupun nampak tersusun tetapi lebih cantik jika pagar dibiar kosong, kan ada tetamu. Hak jiran juga tu.

Kalau sebelah rumah tu adalah ibu bapa atau ahli keluarga kita sendiri, lain cerita. Mungkin adik-beradik kita yang jadi jiran kita tak kisah, mungkin ibu bapa kita yang jadi jiran tak kisah, jadi lain ceritanya. Tetapi jika bukan saudara-mara, elakkanlah atau minimumkanlah. Zaman sekarang, adik-beradik dok sebelah rumah pun boleh bertengkar sebab 'anak-anak kau sepahkan selipar depan rumah aku' apatah lagi kalau melibatkan hak sebegini - jadi, lebih baik elakkan.

Buat ampaian lain ye, jangan gantung di pagar yang kongsi dengan jiran.

"Dah biasa buat gitu la... Jiran tak marah pun.."


Jawapan yang betul adalah betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Bukan 'tak marah' tapi 'belum marah' kot. Heheh.

Dr Syahr Musafir
Rahimah Ab.Rahman
10/01/2018
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "