Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Cuma Terkenal Dengan 'Almond London', Wanita Kongsi Resepi Susu Badam Yang Sedap Dan Berkhasiat

3 ulasan

Badam sangat terkenal dengan kuih 'Almond London' yang menjadi kegemaran ramai orang terutamanya pada musim Hari Raya.

Selain menjadi kudapan yang enak dinikmati, rupanya badam juga kaya dengan pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan dan kecantikan.

Bukan sahaja boleh dimakan mentah, goreng, dibuat kuih, badam juga boleh dijadikan sebagai minuman susu. Katanya, minuman susu badam ini sesuai untuk setiap lapisan umur dari kanak-kanak sehingga orang dewasa terutamanya ibu mengandung.


Menerusi perkongsian daripada Puan Adah Abdullah di laman facebooknya, kita dapat mempelajari kaedah mudah untuk menyediakan susu badam berkhasiat ini di rumah. Bahan yang digunakan juga mudah didapati.

Mari kita lihat perkongsian bermaanfaat ini.

Esok cuti kan, boleh lah terai buat Susu Ajaib nie untuk minuman anak anak sebelum pegi sekolah. Bukan susah pun, malas dengan rajin je. Apa salahnya untuk anak anak jugak kan

KakCoco buat 1 cawan badam dapat 1.5 liter Susu Ajaib nie. Cukuplah untuk 5 hari minum untuk dak Kakak dengan dak Baby

Bahan senang nak cari :

  • 1 cawan badam mentah
  • 4 cawan air masak
  • 1 sudu esen vanila
  • Sedikit garam
  • Kurma *tambahan

Cara-Cara:

  • Basuh badam dengan bersih dan rendam semalaman.

  • Esoknya buangkan air rendaman, basuh bersih bersih dan masukkan dalam blender dengan air secukupnya. Nak masuk kurma pun boleh, time nie lah kurma takde dekat rumah. Kalau tak, mesti lagi best. Kalau tak boleh pusing, masukkan air lagi. Tapi jangan cair sangat, agak agak.

  • Dah siap blend terus masuk dalam penapis dan perah. Hidupkan api dan masak sampai mendidih. Jangan lupa letakkan 1 sudu esen vanilla dan garam.

  • Boleh guna penapis macam ini, lagi berkesan. 

  • Dah mendidih tu kira dah siap. Senang kan? Dah suam tu dah boleh minum. Sebelum minum letakkan madu 1 sudu. Rasa sedap je, takdelah rasa pelik. Kalau ada masukkan kurma, tak payah letak madu. Cukuplah manis dari kurma tu.

  • Kalau mahukan kelainan, boleh juga buat sebagai smoothies dan letakkan buah-buahan ya!

Hampas badam tadi jangan dibuang pulak. Rugi diknonn. Badam mahal oooii. Kita guna sampai habis.


Boleh buat lempeng. Letak tepung sikit, garam sikit, goreng lah. Jimat breakfast pagi Isnin nanti

Selamat mencoba.

Sumber- Adah Abdullah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli