Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bila Suami Ada Skandal Dengan Perempuan Lain, Benda Pertama Perlu Buat Berhenti Salahkan Sesiapa

3 ulasan


Setiap wanita yang bergelar isteri pasti akan merasa sakitnya perasaan bila dikhianati oleh suami sendiri. Apabila suami jatuh hati dengan perempuan lain dan cinta itu kemudian berbalas, pasti menjadi mimpi ngeri setiap wanita. Sekiranya perkara ini berlaku, pasti lelaki yang akan disalahkan.

Namun, pernahkah kita terlintas bahawa sebenarnya punca kepada konflik curang dalam perhubungan ini bukan pada orang ketiga. Justeru itu siapa yang harus dipersalahkan?

Perkongsian daripada Diyana Tahir melalui facebook diharap dapat dijadikan renungan buat isteri di luar sana. Kita sibuk menunding jari mencari salah pasangan yang tersilap langkah dalam skandal yang diciptanya, tapi dalam masa yang sama kita lupa melihat salah sendiri.

''Hakikatnya kau, suamimu dan dia (wanita itu) juga sama. Kita semua sering tersalah mencari cinta yang salah". Moga bermanfaat.

Skandal bukan benda yang jadi tiba-tiba.

Posting ni panjang. Jangan baca sampai habis jika hati tisu dan mudah sentap. Posting ini hanya untuk yang nak kan kebenaran bukan pembenaran.

Ramai wanita bila ada wanita lain hadir sebagai orang ketiga dalam perkahwinan, habis orang ketiga itu dimaki hamun dan dikata dengan kata-kata yang kesat.

Perempuan sundal, Pelacur, Pisau cukur, Betina gila sex.

Macam-macam la hinaan yang dilabel pada wanita tersebut. Seolah-olah orang ketiga ini syaitan bertopengkan manusia. Seolah-olah suaminya itu kena sihir dan bodoh sehingga boleh jatuh hati pada wanita seburuk itu.

Sedangkan jika dia benar-benar melihat sejujurnya dan menyedari bahawa dia ada masa yang sangat lama untuk mengunci hati suaminya. Dia yang terlebih dahulu hadir dalam hidup suaminya. Mengapa tidak gunakan peluang yang Allah beri untuk tawan hati suami dulu?

An affair its not overnight insident. Bukan tiba-tiba je suami tu menggatal dan terbuka hati untuk wanita lain. Bukan hebat sangat pun jampi wanita lain tu. Its happen after many years heart broken and dissapointment.

Ramai lelaki yang suka pendam perasaan. Dan harap isteri faham. Tapi ramai isteri buat-buat tak faham. sebab? Isteri asyik focus pada apa yang dia tak dapat dari suami.

Cuba ingat balik masa zaman mula2 bercinta dulu. Apa yang anda buat sehingga suami anda tersenyum blushhing bahagia sehingga nak jadikan anda isteri dia? Adakah anda masih ingat untuk buat tu semua dan lebih lagi?


Gambar Hiasan

Betul ke buat? Pasti ke? Memang tak kan? Sebab apa?

Sebab isteri pun jadi penunggu. Ramai harap suami beri apa yang dia nak. Bila tak dapat, isteri pun mula bagi silent treatment merajuk atau membebel atau mengungkit.

Seolah2 si isteri la yang paling banyak berkorban. Seolah-olah suami tu satu sen pun tak guna.
Sedangkan jika suami tu tiada guna satu sen pun, mengapa suami tu tetap disayang dan tetap jadi suami sehingga saat ini?

Pastilah ada kebaikan dia yang tak disedari atau tak cukup disyukuri dan dihargai. Jika suami tu tak guna langsung dan membebankan, sepatutnya berterima kasih dan bersyukur lah sebab ada wanita yang sudi mengambil beban awak kann?

Ke macam mana? Hehehe. Ke...sebenarnya banyak kebaikan suami selama ini sehingga rasa sangat kehilangan bila perhatian suami sudah ke orang lain?

Inilah sketsa yang biasa saya terima saban hari. Kisah suami isteri yang sedang mencari kebahagiaan di luar. Isteri harap suami beri kebahagiaan. Suami harap isteri faham keperluan dirinya.

Kau kata dia. Dia kata kau. Akhirnya dua-dua kecewa. Masing2 nak didahulukan. Hari-hari gaduh atau pendam perasaan. Bertahun-tahun begitulah hubungan semakin hambar dan semakin hambar. Masing-masing secara tak sedar kecewa dengan pasangan masing-masing.

Tapi tak buat apa-apa perubahan. Take things for granted. Dan biasanya isteri mula menyebukkan diri dengan anak-anak dan juga kerja. Begitu juga suami...

Sehinggalah sampai satu masa.. Ada seorang wanita yang hadir secara tak sengaja mengisi kekosongan hati suaminya. Dan mulakan cinta berputik dan skandal berlaku. Dan mulalah episod drama orang ketiga yang dikatakan sangat setan dan jahat. Dan digambarkan sebagai perosak rumahtangga.


Gambar Hiasan

Sedangkan sejujurnya siapakah yg lebih awal merosakkan rumahtangga tu? Siapakah yang lebih awal membiarkan kekecewaan dan kekosongan terjadi begitu lama?

Mungkin benar apa yang di bebelkan oleh sekumpulan lelaki pada saya ketika di bangkok baru2 ini:
“Orang perempuan bila dah kawin dah stop melawa dan menggoda suami. Kita boleh tahu anak dara ke bini orang gayanya. Ramai wanita rasa selesa. Dan anggap suami akan terima dia apa adanya (termasuk la perangai dan bad habbitnya) cinta tanpa syarat la kekdahnya.

Gambar Hiasan

Nak suami cinta tanpa syarat konon. Tapi isteri tu cinta tanpa syarat ke kat suami? Jika asyik tak puas hati dan ungkit kesilapan suami tu? Cinta bersyarat berapa tu? Kannn.. memang la pedas kebenaran ni. Tapi dari kebenaran lah yg boleh buat kita sedar. Dan dari kesedaranlah baru boleh ada perubahan.

Sampai bila nak menyalahkan suami atas semua ini? Bukankah kita juga ada akal dan iman untuk dipertanggung jawabkan atas setiap apa yang telah kita beri dan belum beri pada pasangan kita?

Menyalahkan orang itu mudah. Bertanggung jawab itu perlukan kejujuran dan keberanian. Memang tak mudah. Haya cinta yang tulus yang mampu bangkit mengambil tanggung jawab untuk berubah.

Kata sayang suami? So berubahlah! Kalau tak sayang, baguslah! Bagi la beban tu kat wanita lain kann? Life is so simple! Just please grow up! Choose lah!” Pedasss kan? Tapi ada benarnya juga apa yang dibebelkan oleh lelaki-lelaki ni.

Saya hormati pandangan sebelah sisi ni, dan dalam pada masa yang sama saya juga faham akan hakikat sebenarnya mengapa begini jadinya. Mengapa asalnya dua hati berjanji sehidup semati bercinta bagai nak rak.. tiba2 saling menyakiti dan membenci. Nak tahu sebab apa? Sebab tak ada ilmu. Sebab tak tahu.

Sayang, bila suami ada wanita lain. Berhenti menyalahkan suami dan wanita lain. Bukan juga salah dirimu hakikatnya. Tiada siapa yang salah.

Yang ada hanyalah ketidak tahuan. Tak ada ilmu. Tak kenal diri dan tak kenal pasangan. Bila tak kenal tu yang salah faham. Bila salah faham tu yang jadi konflik dan kelukaan.

Kita dan suami datang dari dua kehidupan yang berbeza. Keluarga yang berbeza. Cara menyintai dan ingin dicintai yang berbeza. Cara melihat kehidupan juga berbeza.

Bila tak ada ilmu mengenal diri dan pasangan, itu yang mudah ‘assume’ dan sangka-sangka yang bukan-bukan pada pasangan. Sebab itulah kami di ehati buat apa yang kami buat. Berkongsi ilmu dan pengalaman kami. Bagaimana untuk keluar dari penderitaan yang tak perlu (unnecessary suffering). Sebab musuh utama kita adalah ketidak sedaran dan ketidak tahuan.

Hakikatnya.. kau, suamimu dan dia (wanita itu) juga sama. Kita semua sering tersalah mencari cinta yang salah. Kita semua ada lubang jiwa yang besar dalam diri. Kecewa dengan kehidupan, kasih sayang dan penghormatan yang kita tak dapat dari kecil. Kita mencari cinta dan perhatian di luar. Sedangkan cinta dan perhatian yang paling kita perlukan adalah dari diri kita sendiri.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli