Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Betul Ke Kena Cas Telefon 8 Jam Sebelum Guna Untuk Kali Pertama?, Baca Panduan Ini Untuk Guna Peranti Anda Secara Selamat



Beli gajet baru mesti kena cas 8 jam sebelum guna.  Betul ke?  Tapi kita selalu dengar ayat ni setiap kali lepas beli telefon bimbit baru.  Jadi sebenarnya perlu atau tidak?

Jawapannya mestilah.........,

"TIDAK"




Namun kenyataan itu boleh diguna pakai suatu masa dulu apabila semua peranti telefon bimbit menggunakan bateri jenis Nikel Kadmium (NICd) dan Nikel Logam Hidrida (NiMH).

Berbalik kepada persoalan tadi,  mitos perlu cas sampai 8 jam ini adalah sama sekali tidak benar.  Sebaiknya baca dulu panduan penggunaan telefon bimbit, laptop atau apa-apa peranti elektronik yang lain.  Jika tidak terdapat arahan untuk mengecas peranti tersebut, janganglah rajin sangat nak cas juga.


via GIPHY

Seiring teknologi maju, kebanyakkan peranti atau gajet moden kini menggunakan Li-Ion yang tidak memerlukan pengguna untuk mengecas sehingga 8 jam.  Sekadar cas hingga penuh, dah boleh cabut.

Yang pastinya, bateri anda akan mempunyai kapasiti berkurangan dengan masa. Antara sebabnya adalah pergerakan ion Litium dalam bateri tersebut yang bertindakbalas dengan unsur sekitar terminal katodnya membentuk lapisan separa penebat pada terminal anod, yang akhirnya menyebabkan bateri tersebut hilang keupayaannya. - Rootofscience.com


via GIPHY

Sebaiknya cas bateri telefon anda apabila ia sudah turun pada paras 40% kerana ianya membantu meningkatkan jangka hayat bateri dan menjadikannya lebih lama.

Oleh dengan ini, sebaik sahaja beli sebarang peranti, baca arahan penggunaan sebelum melakukan sesuatu yang mampu memberi kesan buruk kepada peranti tersebut.  Baca tips dan panduan daripada pakar-pakar teknologi untuk mengekalkan keupayaan gajet anda.  Jangan terlebih cas pula ya!


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli