Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beruk Gayat Nak Turun Pokok, Pemilik Terpaksa Minta Bantuan Bomba

Ditulis oleh Sha Rossa, 18 Jan 2018
2 ulasan

Naik pandai, nak turun gayat. Lucu, tapi itulah yang terjadi kepada seekor beruk di Kampung Alor Bakat, Ketereh Kelantan. Gambar yang tular di media sosial facebook melalui perkongsian Mohd Aizuddin di Group IRDK (Kelantan), mencuit hati ramai netizen.

Pelik tapi benar. Kebiasaanya beruk memanjat pokok, tapi kali ini beruk pula tersangkut di atas pokok dan gayat untuk turun.

Beruk jantan berkenaan adalah milik seorang warga emas yang dikenali sebagai Pak Lah. Haiwan itu dikatakan tersangkut di atas sebatang pokok kelapa setinggi 12 meter selama 40 minit setelah diarah melakukan kerja memetik kelapa.


Panik dengan keadaan itu, pemiliknya terpaksa meminta bantuan bomba untuk menurunkannya beruk peliharaannya.

Menurut Aizuddin, balai bomba yang menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 3.41 petang, bergegas untuk membantu menyelamatkan haiwan itu.

Bomba menggunakan tangga bagi menurunkan beruk berkenaan.




Mujurlah beruk berkenaan berjaya diturunkan. Beruk itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kembali kepada pemiliknya.

Siakapkeli.my

Sumber : Mohd Aizuddin
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "