Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Lahir Tahun 2018 Layak Dapat RM200 Percuma Melalui Skim Dana Tabungan ADAM50

3 ulasan

Berita baik untuk semua ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata atau pun telah lahir pada tahun 2018, ini kerana anak anda layak untuk memohon Dana tabungan permulaan RM200 percuma.

Dana ini terbuka untuk semua anak-anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022 tidak kira bangsa atau agama dimana anda boleh memohon dana ADAM50 ini dalam bentuk unit amanah ASB (Bumiputera) atạu AS1M (bukan Bumiputera).

Apa itu ADAM50?




ADAM50 merupakan satu program baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Program ini diwujudkan sebagai galakan kepada ibu bapa dan anak-anak memupuk budaya simpanan dan pelaburan seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.

Jadi, kepada ibu bapa yang anaknya lahir tahun 2018 boleh mendaftar insetif ini dalam tempoh setahun dari tarikh kelahiran si manja di mana unit insentif percuma akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera selepas proses pendaftaran.

Sebagai contoh, sekiranya bayi dilahirkan pada 2 Januari 2018, ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah melakukan pendaftaran selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019. Sekiranya ibu bapa atau penjaga gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk menadapatkan unit insentif percuma akan terbatal.

Ibu bapa yang telah mendaftar boleh menambah pelaburan dalam akaun bayi mereka sehingga had maksimum yang ditentukan iaitu had terkini Akaun Bijak/Remaja ASB bagi Bumiputera dan had 50,000 unit ditetapkan untuk AS 1Malaysia bagi bukan Bumiputera. Had pelaburan maksimum ini adalah termasuk 200 unit insentif yang diberikan.



















Adakah unit percuma ini boleh dijual balik?

200 unit insentif dan semua pengagihan pendapatan serta sebarang pengagihan tambahan yang diperolehi (sekiranya ada) dari unit insentif ini hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.

Bagaimạna mendaftar?

Ibu bapa/penjaga hạnya pẹrlu datang ke mana-mana Cawangan ASNB atạu Ejen ASNB seperti Maybank; Maybank Islamic; CIMB; CIMB Islamic; RHB; RHB Islamic; Pos Malaysia & Affin Bank dengan membawa bersama kad pengenalan dan sijil kelahiran/MyKid si manja. atau layari Portal myASNB di www.myasnb.com.my.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli