Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Dijangkitan Kutu Haiwan, Pesanan Penting Kepada Ibu Bapa, Pastikan Kebersihan Anak-Anak Dan Haiwan Peliharaan



Setiap ibu-bapa pasti mementingkan kesihatan anak-anak. Bayi yang baru lahir terutamanya mudah terkena jangkitan kuman kerana sistem kekebalan tubuh yang masih lemah. Disebabkan itu, pentingnya penjagaan rapi untuk mengelakkan kes-kes seperti ini berlaku.

Perkongsian daripada Alex Fernandez melalui laman facebook mungkin boleh dijadikan ikhtibar buat ibu-bapa di luar sana. Bermula dengan hanya bintik-bintik merah di tangan anak saudaranya itu, bayi yang berusia 3 bulan ini disahkan oleh doktor mengalami jangkitan kuman yang dikenali sebagai scabies.

Lebih mengejutkan, punca kepada jangkitan ini adalah disebabkan oleh kuman atau kutu pada haiwan. Dalam hal ini tidak menjadi masalah untuk anda memelihara haiwan peliharaan sekiranya mempunyai anak kecil, namun kebersihan haiwan haruslah dititiberatkan agar tidak membawa kuman yang merbahaya kepada bayi anda.

Jom kita baca perkongsian beliau di bawah. Semoga bermanfaat untuk ibu-bapa di luar sana.

SCABIES ada lah jenis kuman/kutu haiwan yg boleh merebak pada kanak2 yg baru saja lahir....jauhi haiwan dari kanak-kanak anda.

SCABIES juga datang nya berpunca dari binatang seperti kucing...dan jauhi dari kanak2, kucing jangan dibiarkan dekat kanak2 mahupun dibawa tidur bersama, dan suruh pijak tilam or tempat tidur anda....gambar tersebut nie adalah gambar anak buah saya sendiri kini berusia sudah 3 bulan.

Hari jumaat dihantar ke hospital Sibu sana dan doktor memberitahu bahawa ini adalah kena SCABIES JANGKITAN DARI KUTU HAIWAN TERUTAMANYA KUCING!! kutu tersebut akan bertelur..

Seluruh badan akan jadi bintik-bintik merah. Tolong share langkah berhati2....sayangi lah anak anda kerana ianya begitu berharga dari binatang yang anda pelihara.. Tolong pandang serius hal ini dan jauhi kanak2 yg baru lahir dari haiwan dan hendaklah jaga kebersihan kanak-kanak yg baru lahir.. Get well soon my baby sister....
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli