Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Batuk Bukan Penyakit Tapi Simtom Tubuh Badan," Pengamal Perubatan Ini Kongsi Tips Pilih Ubat Batuk Yang Sesuai Dengan Keadaan Batuk



26 Jan - Ketika cuaca di Malaysia yang tidak menentu kebelakangan ini, sudah pasti sesetengah orang akan dilanda demam panas, selsema dan juga batuk.

Ada antara anda yang akan memilih untuk terus mendapatkan khidmat nasihat doktor dan mungkin ada juga yang akan terus membeli ubat yang bersesuain di farmasi-farmasi berhampiran.

Tahukah anda, jika ada mengalami batuk berpanjangan ada beberapa jenis ubat batuk yang perlukan penelitian sebelum anda membelinya?

Dalam pasaran, ada empat kelas ubat batuk untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas dan dewasa yang berlainan fungsinya. Pertama, Expectorant. Ubat batuk kelas expectorant berfungsi untuk mencairkan kahak dan memudahkan kahak untuk dikeluarkan.

Ubat batuk jenis Antitussive + Antihistamine + Decongestant
Kedua, kelas Antitussive, untuk kelas yang kedua ini pula berfungsi untuk mengubati jenis batuk kering atau batuk berkahak yang sering mengganggu pada waktu malam.

Ketiga ialah kelas Herbal Based. Untuk Herbal Based pula anda perlu merujuk kepada pakar herba. Tetapi, kelebihan herba based ini tidak membuat pesakit merasa mengantuk dan sesuai digunakan untuk ibu mengandung.

Kelas yang terakhir ialah, Antihistamine. Ubat antihistamine 1st Generation di dapati berupaya mengurangkan batuk / ada kesan ala antitussive. Bagaimana ia berkesan macam tu? saintis pun tak faham. Contoh antihistamine 1st Generation yg biasa di gunakan dalam ubat batuk ialah Diphenhydramine. Diphenhydramine ini mengantuk. ( Semua ubat anti histamine 1st Gen adalah mengantuk).

Seorang pengguna Facebook yang juga seorang pegawai perubatan, Khairul Faizie Mohammad telah berkongsi beberapa tips berguna untuk memilih ubat batuk yang bersusaian dengan jenis batuk yang anda sedang hadapi.

Semoga perkongsian ini memberi panduan kepada anda untuk memilih ubat batuk yang betul. Semoga bermanfaat.
Ubat batuk jenis Expectorant + Antitussive
"Kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibu nya batuk. Kasihan sungguh dia pergi mendapatkan ubat. uhuk uhuk "

Pernah tengok iklan legend tu? Bagi yg lahir sebelum 1980, pasti terngiang ngiang dengan iklan ubat batuk Cap Ibu & Anak ( Nin Jiom Pei Pa Koa ).

Macam mana anda decide, ubat batuk apa yang sesuai utk anda? Untuk anak anda? Ubat batuk kebanyakan nya boleh di beli di farmasi /kedai ubat tanpa prescription ( over the counter , OTC medicine ). Sebab ia kategori OTC, maka ada yg salah beli sebab salah info / tiada ilmu.

Kita bahagikan kepada 2 bahagian utama dulu ;

1) Kanak kanak bawah 2 tahun
2) Kanak kanak > 2 tahun hingga dewasa.

Untuk kanak kanak bawah 2 tahun, senang aja formula ubat batuk nya: TIADA UBAT BATUK UTK KANAK KANAK < 2 TAHUN. Abis tu kalau baby batuk tak payah ubat la? Ya. Boleh biarkan aja? 


Jawapan nya pantau batuk nya, dan bawa jumpa doktor kalau batuk berlarutan / batuk dan ada simptom lain spt demam/ batuk ada bunyi luar biasa seperti wheezing. Ubat ubat yg perlu di bagi kalau baby < 2 tahun batuk berkahak /wheezing aku tak sentuh dalam post ini.

Untuk kanak kanak > 2 tahun ,hingga orang dewasa, bagaimana kita tentu kan ubat batuk apa yg sesuai? Banyak kali aku jumpa kes pesakit yg batuk berkahak, tapi ambik ubat batuk utk ' dry cough'. Banyak kali jugak jumpa pesakit diabetes telan berbotol botol ubat batuk yg tinggi gula nya.

So, secara mudah, utk kanak kanak > 2 & dewasa, kita ada 4 kelas ubat batuk:

1) EXPECTORANT
2) ANTITUSSIVE
3) HERBAL BASED
4) ANTIHISTAMINE

EXPECTORANT
=============
Ubat batuk expectorant ni fungsi nya utk mencairkan kahak / memudahkan kahak di keluarkan. Kita gunakan ubat batuk expectorant kalau batuk berkahak ( productive cough)

Ada beberapa kelas pula Expectorant ini, tapi utk orang awam, tak perlu anda tahu, nanti makin pening kepala pula. Cukuplah kalau anda tahu nama nama expectorant yg biasa di gunakan dalam ubat batuk ( Baca label ubat, cari nama bahan aktif nya) :

* Bromhexine
* Guaifenesin
* Carbocysteine
* Sodium Citrate
* Potassium Iodide
* Ambroxol
* Ammonium Chloride 


Ubat batuk jenis Expectorant
So, kalau pada botol / kotak ada nama salah satu bahan aktif ni, maka ianya ubat batuk Expectorant. Dan ada ubat batuk yang memang brand name nya pun di letakkan perkataan " expectorant" utk pengguna mudah faham. Contohnya Syrup Bena Expectorant.

Ubat batuk expectorant ada dalam bentuk cecair ( syrup), dan juga pil.
Antara contoh brand name ubat batuk jenis expectorant yg biasa di Malaysia antara nya:

- Syrup Rhinatiol
- Syrup Mucoprom
- Tablet Mucinex

ANTITUSSIVE
============
Ubat batuk antitussive dikenali juga sebagai 'cough suppressant '
Ia di gunakan untuk batuk kering / batuk tanpa kahak ( dry cough / non productive cough). Ia akan mengurangkan reflex batuk kita.
So ubat batuk antitussive amat berguna utk batuk kering yg mengganggu terutamanya waktu malam.

PERINGATAN: - Jangan guna ubat batuk jenis Antitussive kalau batuk berkahak. Seba ia akan block cough reflex, maka kita akan kurang batuk, sedangkan dalam kes batuk berkahak, kita perlu kan batuk itu utk mengeluarkan kahak. Kahak yg terkumpul makin banyak, meninggi kan risiko bakteria membiak, dan boleh akibatkan jangkitan lebih serius seperti Pneumonia.


Ubat batuk jenis Antitussive
Ada beberapa kelas pula Antitussive ni, dan seperti biasa, anda orang awam tak perlu pening kepala nak tahu. Cukup lah kalau tahu nama nama antitussive yg ada dalam pasaran ( Baca label utk bahan aktif ubat) :

* Dextromethorphan, DM atau DXM
* Pholcodine
* Codeine
* Noscapine

Yang paling banyak dalam market ialah ubat batuk antitussive jenis Dextromethorphan. Tak caya, cuba baca label. Antitussive pun ada dalam bentuk cecair ( syrup ) dan juga pil.

Antara contoh brand antitussive yg biasa di Malaysia:

- Syrup Sedilix DM
- Syrup Tussidex Forte
- Syrup Cough-En.
- Tablet Copastin

HERBAL BASED
==============
Ubat batuk herba pun banyak dalam market. Yang paling famous antara nya Syrup Prospan. Ubat ubat batuk herba ni gunakan herba /daun sebagai active ingredients nya.

Bagaiamana ubat batuk herba ini bertindak? Wallahualam.Itu kena tanya pakar herba. Ubat batuk Cap Kelapa Laut Afrika pun dalam kategori ini. Dan ubat batuk Cap Ibu & Anak. Ubat ubat ini dah di gunakan ber generasi lama nya.

Bagus nya ubat batuk herba ni ialah ia tak mengantuk. Dan di anggap selamat utk di gunakan dalam pregnant women. Secara peribadi, aku prefer guna Sy Prospan utk kanak kanak > 2 tahun yg batuk biasa ( uncomplicated / non productive cough). Dan kebanyakkan ubat batuk herba yg aku tahu, low sugar /takde gula, so sesuai utk patient diabetes.

ANTIHISTAMINE
=============

Ubat batuk pun ada guna bahan antihistamine sebagai bahan aktif utk reda kan batuk.

Ubat antihistamine 1st Generation di dapati berupaya mengurangkan batuk / ada kesan ala antitussive. Bagaimana ia berkesan macam tu? saintis pun tak faham.

Contoh antihistamine 1st Generation yg biasa di gunakan dalam ubat batuk ialah Diphenhydramine. Diphenhydramine ini mengantuk. ( Semua ubat anti histamine 1st Gen adalah mengantuk).
Promethazine sebagai antihistamine pun ada di gunakan sebagai ubat batuk.

Contoh ubat batuk yg guna antihistamine, antaranya:

- Syrup Benadryl

Ada juga kombinasi 2 / 3 kelas ubat batuk dalam satu botol / satu pil.
Contohnya:

- Sy Sedilix DM ialah kombinasi antitussive ( Dextromehorphan ) + antihistamine ( Promethazine) + Pseudoephedrine


Expectorant + Antihistamine
Apa itu Pseduoephedrine? Ianya ialah bahan stimulant yang di gunakan sebagai Decongestant. Apa maksud Decongestant? Decongestant ialah ubat yg digunakan utk melegakan hidung yg tersumbat. So ubat batuk Sy Sedilix DM ini boleh di gunakan utk batuk kering + clear kan hidung tersumbat.

- Sy Mucoprom ialah kombinasi antihistamine ( Promethazine) + expectorant ( Carbocysteine)

- Tablet Cofdex ialah ubat batuk pil yg guna kombinasi antihistamine ( Chlorpheniramine) + antitussive ( Dextromethorphan)

Penggunaan ubat batuk kombinasi ni perlu berhati hati, supaya tidak over dose secara tak sengaja. Maksud nya begini :

Kita selsema + batuk kering. Kita makan ubat batuk Sy Sedilix DM dan ubat selsema. Di dalam ubat Sy Sedilix DM tu dah tersedia ubat selsema jenis antihistamine. Kita tambah lagi ubat selseam pil jenis antihistamine. So kalau pil selsema tu antihistamine 1st Gen, maka bayangkan betapa lalok nya kita makan double antihistamine. Faham kan?

NOTA PENTING UTK PERHATIAN:
==========================

Ada beberapa point penting yg kita perlu cakna /beritahu doktor bila kita nak guna ubat batuk.

1) Jangan guna ubat batuk jenis Antitussive utk batuk berkahak.
Ini sudah aku explained di atas.

2) Kalau ada Diabetes, jangan guna ubat batuk yg tinggi gula. Cari preparation yg tiada gula. Contohnya guna Sy Mucoprom yg sugar- free. Ataupun guna Syrup Prospan.

3) Ubat batuk antitussive & expectorant tak boleh digunakan SERENTAK. Namun iaboleh di gunakan dalam waktu yg berbeza..contohnya pagi /siang guna ubat batuk expectorant, dan waktu malam bila less kahak dan payah nak tidur terganggu oleh dry cough, kita guna ubat batuk antitussive.

4) Kalau guna ubat batuk yg ada Decongestant, kena hati hati bagi yang ada penyakit darah tinggi / penyakit jantung, dan mereka yang ada penyakit Hyperthyroid. Ini kerana ubat Decongestant ialah stimulant, dan ia boleh menaikkan tekanan darah & kadar degupan jantung. Decongestant juga mampu menaikkan paras gula, makan yg ada Diabetes use with caution.


Sy Prospan
5) Kadangkala, kita tak perlukan langsung ubat batuk. Sebab nya, kita batuk bukan sebab ada keradangan pada sistem pernafasan/ tekak. Tapi kita batuk atas sebab lain ( selalunya batuk kering /dry cough).

Contoh nya bagi pesakit Darah Tinggi yg ambil ubat jenis ACE Inhibitor ( eg Enalapril / Perindopril / Lisinopril). Ubat darah tinggi jenis ACE Inhibitor memang boleh bagi side effect dry cough. So kalau anda baru di beri ubat darah tinggi, dan developed batuk kering yg teruk > 2minggu,beritahu doktor anda...mana tau ada dapat ubat jenis ACE Inhibitor.

Contoh lain, pesakit GERD ( reflux disease) akan kerap batuk kering. Ini kerana asid tertolak masuk ke lower esophagus dan beri keradangan pada esofagus--- kesannya, kita batuk.

Dan yang PALING PENTING, sila fahami bahawa batuk tu bukan lah penyakit. Ianya simptom atau respon tubuh badan kita. Secara umum nya, kalau batuk baru sehari dua, takde komplikasi seperti sesak nafas / demam tinggi, biar kan batuk itu dulu. Tak perlu ambil ubat pun. 


Expectorant bentuk pil

Jangan terlalu gemar guna ubat batuk & expect badan kita kena sihat je sepanjang masa....bagi masa utk badan berehat & biar sistem imun badan kita bekerja....Banyak kan minum air kosong.

Batuk ialah defense mechanism badan kita bila masuk nya virus/ bacteria atau habuk/ bahan kimia menerusi hidung - tekak. Bila benda asing masuk, dinding saluran hidung - tekak - paru2 akan keluarkan lendir / mucus utk perangkap benda2 asing ni....itu yg jadi kahak. So batuk / batuk berkahak itu bagus sebenarnya. 


Tablet Cofdex.Ubat batuk pil


Tablet Copastin. Ubat batuk pil

Woods pun ialah ubat batuk jenis expectorant. Ada Guaifenesin.

Breacol ni ialah expectorant. Ada Guaifenesin

Herba remedy

Herba remedy
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli