Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Baru Hari Ke-9 Pantang, Jahitan Bersalin Terbuka Semula'' Jururawat Kongsi 9 Tips Untuk Elakkan Kes Seperti Ini Berulang


Pengalaman bersalin bagi setiap ibu memang tidak sama. Bersalin secara normal, ada ibu yang tidak mengalami luka yang teruk, tetapi ada juga mengalami mimpi ngeri bila bahagian di bawah itu terkoyak. Lebih sakit dan perit kerana luka terkoyak lebih parah dan tidak sama seperti luka yang dipotong oleh doktor.

Tetapi bayangkan anda sudah melalui semua proses menyakitkan ini dan sekarang sedang melalui waktu berpantang. Tiba-tiba bahagian bawah terasa sakit dan apa yang paling ditakutkan setiap ibu, jahitan bersalin terbuka semula. Membayangkan bahagian bawah terpaksa dijahit semula hidup-hidup pun sudah ngeri apatah terpaksa melaluinya sekali lagi.

Perkongsian tips daripada Noor Shafinah Mamat melalui laman facebook boleh dijadikan panduan bagi ibu-ibu di luar sana. Bekerja sebagai jururawat, pelbagai pengalaman yang ditempuh oleh beliau. Ada di antaranya, berhadapan dengan ibu yang baru hari kesembilan berpantang, tetapi jahitan bersalinnya sudah terbuka semula. Oleh itu pentingnya kesedaran dan langkah awal terutamanya bagi ibu-ibu muda supaya kes seperti ini tidak berulang lagi.

Jom kita baca tips yang dikongsikan beliau seperti di bawah. Mencegah lebih baik dari mengubati. Moga bermanfaat.

LUKA JAHITAN BERSALIN

Disebabkan jahitan patient saya terbuka pada hari ke 9 berpantang, saya rasa baik saya share benda yg patut ibu2 jaga untuk make sure jahitan betul2 sembuh pada waktunya, harap2 tak jadi mcm pt saya ni, ada gap pada benang tu. Tak kena jahit balik tapi seram la, dah xlawa cik bunga kita.

1. Cuci luka - sila lah baring. Lepas settle mandi/buang air, lap kering2 pakai tisu gulung/tuala, lepastu ambik masa baring dan anginkan luka sebelum letak ubat kuning dlm 5min. Lepas letak ubat kuning, anginkan lagi 5min. Saya beli kipas kecik senang nak keringkan tmpt jahitan. Hair dryer boleh tapi bising sangat bunyi dia.


2. Spray bottle - beli dkt kedai 2 hinggit je botol spray kecik. Isi ubat kuning, nak guna spray je. Spray banyak, biar bahagian dlm lipatan jahitan tu pun kena. Ubat kuning kalau habis boleh mintak lg dkt KK. Kalau pakai kapas dab dab, kadang2 tak kena tempat luka tu, mcm saya la mula2. Beriya letak rupanya tak kena pun tempatnya. Tahu2 benang atas dah hilang.


3. Kurangkan berjalan tetapi boleh bersenam - semestinya. Kalau perlu sangat, tolonglah kepit mcm tak bagi emas terlepas dari kepitan kaki. Lagi rapat kepit, lagi cepat daging cantum elok. Senaman kegel pon menggalakkan peredaran darah ke tempat luka ,luka lagi cepat sembuh~ uolss taw tak senaman kegel camane?? Taktaw pm tepi..hihihi


4. Tukar pad - tukar 2 -4 jam sekali. Kira dapat lagi selalu anginkan jahitan tu. kalau anak meragam, buatlah kerap mana yg mampu. Tapi jgn tunggu 5-6 jam, cepatlah melecet nanti, tak masuk kuman lg apa semua. Please elak.


5. Vitamin C, zinc - ambiklah extra vit c. Macam saya tak boleh mkn oren sunkist tu sbb perut meragam, saya ambik vit c tambahan utk bantu pulih luka. Beli je ,asalkan kita cepat baik. Yg boleh mkn oren, lagi baik. Cepat kering.

6. Air garam - ada kata garam ni cepatkan benang reput, ada kata cepatkan cantum luka, mcm2 org kata. So buatlah at least sekali sehari. Air garam pun saya masuk spray bottle senang terus spray je lps buang air. Kalau dpt buat sitz bath lg better.berendam ~


7. Buang air - elak sembelit ye. Minum air cukup, makan buah & sayuran hijau & kalsium juga boleh mengelakkan sembelit ~ kalau susah nak kinum susu,ambik je OSTEOMATRIX kalsium . Sembelit mmg akan kacau tmpat jahitan tu, takut terbuka. Jgn teran2 sgt ye.


Ni je basic penjagaan luka jahitan yg misi boleh share. Yang tambah manjakani, asam keping etc tu optional, ikut keyakinan diri. Saya tak buat & tak sarankan sbb tahap kebersihan bahan2 tersebut diragui juga & sbb takut jadi jangkitan jugak. Sekian.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli