Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bapa Adalah 'Superhero' Bagi Anak-Anak, Amat Rugi Bila Lebih Utamakan Telefon Dari Anak


Ramai yang kata anak-anak ini biasanya akan lebih manja dengan ibu mereka berbanding ayah mereka. Sebab ibu mereka ini umpama sahabat mereka, yang tahu apa sahaja yang mereka mahu. Yang akan dicari apabila menangis ataupun hilang dari pandangan.

Tapi sebenarnya, anak-anak akan lebih rapat dengan ayah mereka berbanding ibu. Mungkin ramai yang tidak perasan, mereka lebih suka bermain dan meluangkan masa dengan si ayah. Apa yang mereka mahu sudah pasti akan diminta pada ayahnya.

Menerusi perkongsian pengguna laman Facebook, Ruby Atika bapa ini sebenarnya memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak. Cuma kadang kala kita sebagai ibu bapa ini tidak perasan sahaja.


Orang lelaki memang macam tu. Dia bukan ingat sangat bab anak-anak ni. Kalau saya tanya,
  • Bila anak mula berjalan? 
  • Apa mainan yang anak selalu main? 
  • Di rumah, dia selalu makan apa?
  • Dia boleh minta atau tunjuk apa yang dia nak?
Mesti kena tanya mak-mak juga, baru dapat jawapan yang diyakini. Hahaha...

Tapi, bapa ni sangat kuat pengaruhnya kepada anak-anak.

Anak tu lebih dengar cakap bapanya. Dia lebih suka kalau bapa yang teman dia main. Dia suka ikut bapa pergi jalan (tentulah sebab bapa selalu singgah beli apa-apa yang dia nak)

Bila mengantuk, lapar atau sakit, barulah anak pergi cari maknya.

Rugilah kalau bapa-bapa lebih utamakan handphone / game dari meluang masa dengan anak.

Rugi...rugi.

Bila di sekolah, budak-budak bercerita pasal bapak masing-masing. Semua nak kata yang bapak dia paling best.

Anak kecil, dia bukan tau pasal kerja/jawatan bapa dia. Yang dia tau:
  • Ayah dia bawa motor
  • Daddy dia boleh pancing ikan.
  • Pak dia boleh lipat takraw.
  • Papa dia boleh makan 5 pinggan.
Maka, sedarlah wahai bapa-bapa sedunia, anda ialah hero di mata anak anda. Luangkan masa dengan anak.


Sumber - Ruby Atika
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli