Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Cara Untuk Mengukur Jari Untuk Dapatkan Saiz Cincin Yang Sesuai Untuk Jari Kita

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 3 Jan 2018
One Comment

Cincin merupakan antara objek terpenting dalam sesebuah majlis perkahwinan. Dengan adanya cincin yang tersarung cantik di jari manis pasangan raja sehari sebagai lambang cinta, maka majlis perkahwinan akan menjadi lengkap.

Aksesori ini bukan sahaja disarung oleh pasangan yang sudah berkahwin atau bertunang malah juga digunakan oleh individu yang sememangnya gemarkan perhiasan berbentuk cincin ini.

Selain dari memilih jenis cincin yang ada, adalah penting juga untuk kita mengetahui cara-cara memilih saiz cincin yang betul untuk mengelakkan dari tersalah pilih saiz cincin untuk diri sendiri mahupun pasangan.


Setiap jari mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza bagi semua orang. Oleh itu, perlu untuk kita mengetahui saiz jari untuk memudahkan proses membeli cincin.

Jika di kedai emas, mereka memiliki alatan khas yang boleh mengukur saiz jari kita dengan mudah. Namun, terdapat juga kaedah manual yang boleh kita lakukan dirumah dan cara dan alatan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapati.

Alatan yang digunakan: 

  1. Kertas atau Benang
  2. Gunting
  3. Pensil
  4. Pembaris


Caranya: 
  • Tenangkan jari jemari anda. 
  • Gunting kertas anda lebih kurang 2cm lebar dan panjangnya pula, anggarkan sejengkal. Begitu juga benang. Gunting benang anda anggaran sejengkal.
  • Ambil kertas atau benang yang anda gunting tadi, lilitkan di jari manis anda.
  • Seterusnya, tandakan di mana kedua-dua hujung itu bertemu. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar. Cukup dengan keselesaan anda. Tandakan dengan pensil anda tadi
  •  Setelah tandakan pertemuan kedua hujung benang mahupun kertas anda itu tadi, letakkan sebaris pembaris anda, dan ukurkan ukuran benang atau kertas anda itu tadi. Pastikan ukuran dilakukan di dalam “mm".
  • Rujuk panduan saiz cincin/ukur lilit jari


Info tambahan : Ukurlah jari anda ketika siang kerana masa ini jari anda mengembang dan saiznya mungking berbeza jika anda membuat ukuran pada malam hari dan juga jangan ukur jari anda sewaktu masih basah, sebaiknya ketika kering.

Sumber- iKahwin
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "