Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Apa Hina Sangat Ke Kami Yang Kerja Kilang Nie?" Lelaki Luah Realiti Sebenar Kerja Kilang Yang Ramai Orang Perlekeh

2 ulasan

Gambar Hiasan

Pekerjaan dan rezeki setiap orang itu berbeza. Bekerja di sektor awam mahupun swasta masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Namun, ada juga segelintir masyarakat yang memandang rendah pada pekerjaan orang lain. 

Mereka yang bekerja sebagai operator kilang terutamanya, seringkali dilabelkan sebagai mereka yang tidak mempunyai masa depan. Kedengaran agak keras, namun itulah hakikat sebenar pandangan sekeliling yang terpaksa ditelan oleh pekerja kilang.

Perkongsian dari Raimi Ahmad melalui laman facebook, meluahkan realiti sebenar tugas sebagai operator kilang. Tidaklah seteruk yang disangka, gaji yang ditawarkan juga setaraf dengan pekerjaan lain bahkan lebih tinggi dan lumayan. Bukan mengeluh dengan pekerjaan, namun terkilan dengan persepsi negatif orang ramai kepada mereka yang berstatus mat dan minah kilang ini. 

Pemikiran sebegini harus dikikis, kerana mereka mencari rezeki yang halal untuk menyara hidup bukan mengemis atau meminta di jalanan. Paling penting, jangan malu dengan apa yang kita lakukan. Moga dengan perkongsian beliau di bawah ini dapat membuka mata masyarakat di luar sana.

Hina sangat ke kerja kilang? (Yang mana dok perlekeh meh baca)

"kalau hang tak da keja..p keja kilang" Dalam mentaliti orang melayu khususnya kalau keje kilang ni adalah satu pekerjaan yang "lekeh" & keje yg "tu" adalah keje yang mulia & menjamin masa depan..its ok.

Gambar Hiasan

Banyak yg tanya aku sekarang aku keje apa disebabkan kan aku ni selalu tukar keje..hehe..jangan kata kawan2..sedara2 sendiri pun tak tau..haha..aku bukan syok2 tukar2 keje tapi untuk pengalaman aku & diri aku sendiri..aku nak kembara selagi boleh.

Untuk pengetahuan luorang sekarang memang aku bekerja sebagai operator kilang..ini adalah pekerjaan aku yg ke-9 & ini kali pertama aku keje kilang..sebelum ni aku keje lain2 bidang..buat direct sales, telesales, office, bulk mailing, penyelia, buruh kasar pun pernah & ada lagi aku tak tau apa nama jawatannya.

Jujur cakap aku dah lama nak masuk keje kilang ni sejak dari habis sekolah lagi tapi tak termasuk jugak.. tapi selepas bertahun-tahun baru aku dapat masuk dan seriusly baru aku faham kenapa baru sekarang urusan aku ni dipermudahkan setelah bertahun-tahun..

Tapi sebelum tu kan aku nak cerita.. Bila sebut keje kilang or operator kilang ramai yg ingat keje yg lekeh & tak de masa depan..masa aku buat sales berapa tahun lepas.. banyak custumer aku keje kilang.. sometime diorang nak apply kad kredit so secara tak langsung payslip mesti bagi kan?aku pun belek la diorang punya slip gaji ni..uiisshhh..2K ke atas..kadang2 dekat 3K..paling2 lekeh pun RM1800..

Aku pun tanya la berjawatan apa kan..kot supervisor or manager ke?dia cakap operator..bukan sorang aku jumpa masa tu..ramai kot..jadi masa tu aku terfikir..tang mana lekeh keje kilang ni?dari segi "gaji" ka tau "kerja" itu sendiri?bukan sorang 2 custumer tapi banyak custumer aku keje kilang dulu..

Jadi secara tak langsung, aku terasa mcm dibodohkan umat Melayu sendiri..jenis perangai aku ni..aku nak merasai sendiri & aku tak suka sekadar dengar.. So awal bulan 3 tahun lepas aku masuk keje kilang ni.. sebelum tu aku keje penyelia ladang.. hari pertama aku jejak kaki ke kilang ni aku ushar kiri kanan depan belakang..operator ramai..leader ada..supervisor ada..manager ada..exec ada..technision ada.. engineer ada.. jadi apa yg lekehnya???

Dok belajar tinggi2 ambik kejuruteraan tu kebanyakkannya kena masuk kilang la kan..nak masuk gomen kot celah mana?mungkin ada tapi terhad!..masa aku masuk line..di kiri kanan aku ni ada kakak2 & makcik2..so..bagi nak tengok realitinya akan apa yg aku dapat tau pasal gaji operator kilang ni..aku kecek2 skit kat diorang ni pasal gaji..hmmm..belum sempat habis tanya diorang buka pc tunjuk diorang punya profile bab gaji..Aku pun skodeng tengok..gaji ada la dalam RM2300(bersih)..huhuiii..aku senyum..

Masa tu kilang yg aku keje ni hanya bekerja 14 hari saja sebulan dengan basic gaji RM1000.. maksimum ot adalah 8 hari so bersamaan 22 hari kerja & dapat gaji lebih 2K??so???lekeh mende???aku pun pernah try buat & gaji aku lebih RM2K..kalau bab kerja?aku tak fikir lekeh pasal prosedure ketat la hanat!..keluar masuk nak kena scan bagai..time in & out kena betul..luorang keje boleh keluar masuk senang2 itulah sebenarnya yg lekeh..time keje pon boleh keluar..huhuiii

Keje 12 jam berdiri..duduk pun time rehat je..ada jugak station yg duduk tapi tak semua..mcm aku sendiri kena berdiri 12 jam.. So?.. apa luorang nak lekehkan orang yg keje kilang? aku dah masuk & rasai sendiri mcm mana keje kilang ni & aku fikir tak ramai yg boleh tahan.. aku pun tak tau berapa lama lagi aku akan stay keje sini tapi secara jujurnya keje kilang bukan selekeh yg disangka..

Tun Mahathir pernah cakap "selama lebih 20 tahun saya mungkin berjaya ubah Malaysia tapi saya gagal ubah "mentaliti" rakyat Malaysia"..YUP!..aku tersangat setuju..so sekarang ni pada brader2 sister2 abg2 akak2 pakcik2 makcik2 yg keje kilang tu atau pun yg tak de keje & nak masuk keje kilang jangan malu & takut dengan mulut & mentaliti orang Melayu tapi diri awak sendiri tu yg perlu ubah..kita tak leh ubah persepsi masyarakat tapi awak tu yg harus ubah persepsi awak terhadap keje kilang ni..kalau awak sendiri rasa malu keje kilang itu adalah masalah lagi besar daripada mereka yg mengherdik awak keje kilang..ada faham???

Tapi ada jugak yg aku jumpa keje kilang tapi kondem.. ini laaaagi masalah besar.. sebab nampak keje yg lain lagi bagus..maybe aku dah teroka banyak keja so aku dah nampak "gamenya"..so tak leh nak salahkan sesiapa..but.. 1 benda yg aku rasa suka dengan keja kilang adalah "SUASANA"..

Gambar Hiasan

Kalau awak seorang perantau.. suasana adalah moment yg awak akan amati sebaik mungkin.. dan aku enjoy keje sekarang.. bukan pasal keje tapi berkenaan dengan suasana..kalau cakap pasal keje..giler la weii..12 jam berdiri..duduk pun time rehat best kepala bana ape giler..baik aku keje opis boleh ngulat or sambil2 buat keje boleh makan keropok lekor..haha..

Jadikan..apa yg aku boleh katakan..suasana kilang ni tak ubah mcm zaman persekolahan.. mula keluar dari rumah naik moto sampai 1 simpang kita akan jumpa geng2 kilang yg sehala nak ke kilang..berderu deru reramai..masuk kawasan perindustrian dah nampak bas kilang van kilang & lepas tu semua berpecah ke kilang masing2..

Sebelum tumb print semua akan ke loker masing2 dan sebelum nak sampai ke loker sendiri luorang akan nampak kelibat marka2 kakak2 makcik2 berdiri depan loker dok tonyoh lipstik, bedak & pasang bulu mata..hehe..sweet la..

Bila dah masuk buat keja..moment yg aku suka misalnya dengan tiba2 dengar guruh berdentum.. jap lagi mula la dengar suara2.."wooooo...waaaaa...huhuuuuiiii"..then incas or exec pekik.."WEIII2..APA TU WOWOOO?" Haha then semua senyap..elok lepas exec dah blah..semua pakat gelak..haha..moment2 mcm ni tak ubah mcm zaman sekolah..kalau tetiba ada barang jatuh pun riuh satu line..barang jatuh line ni line lain yg riuh..haha..

Time rehat pon mcm zaman sekolah..rehat ramai2..ada yg bercouple ada dengan laki bini ada dengan geng2 muda2..bujang2..riuh dalam kantin..tapiii..time balik la paling legend & paling aku suka tengok..dalam 10 minit sebelum balik incas akan buat meeting apa2 lebih kurang pasal kerja & untuk sampaikan apa2 info..luorang akan nampak kepala diorang menghadap incas but badan dah pusing belakang..kira betui2 nak lari balik ja..elok incas cakap "terima kasih" luorang tengok berderuuuuu lari pegi kat tumbprint..haha..yg lawaknya bukan yg muda2 tapi makcik2..hehe..

zaman sekolah kalau bunyi ja loceng..emmm..luorang faham2 la kan..haha..so that why aku layan keje kilang sebab moment2 yg mcm tu persis moment zaman sekolah & aku baru faham kenapa setelah bertahun -tahun baru urusan aku untuk masuk keje kilang dipermudahkan..kena masanya selepas bertahun tahun tinggalkan alam persekolahan & baru aku tau yg aku rindukan zaman persekolahan..kalau aku masuk time lepas habis sekolah dulu aku rasa aku takkan tulis berjela jela mcm ni..hihi..

Serius..suasana kilang memang menggamit memori persekolahan..letih tu memang letih tapi letih ni balik tido hilang letih sebab keje operator ni banyak guna fizikal berbanding mental..balik keje dah tak yah fikir pasal keje..esok datang lagi..apa yg boleh aku cakap..

"Aku akan menangis bila aku berhenti keje kilang nanti..huhu".. Banyak keje aku keje tak sama mcm "suasana" keje kilang..jangan tanya bab prosedure or system sbb itu adalah berbeza perspektif kalau nak bicara..ada part yg ok ada yg tak.."SUASANA".."SUASANA"..SUASANA"..itu yg aku cuba terangkan..dan aku mula faham kenapa setiap kali ada kilang yg tutup operasinya..seluruh pekerja menangis gila2..risau sbb hilang kerja mungkin but aku tersangat yakin diorang lebih sedih dengan perpisahan dengan rakan2 & suasana kerja itu sendiri..

Apa2 pun..bila sebut bab kerja itu bab rezeki so jangan risau..lu langkah kaki Tuhan mesti tolong punya..sebab aku dah banyak kali buat benda2 gamble ni..kalau nak tauhid pasal rezeki tapi nanti2 aku cerita..moga dapat sikit manfaat walaupun sikit..

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli