Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Umur 2 Tahun Masih Belum Pandai Bercakap, Bila Panggil Buat Tak Tahu, Bawalah Anak Jumpa Pakar

2 ulasan

17 Jan - Tumbesaran setiap anak yang dilahirkan mempunyai kisah yang berbeza. Sesetengah anak mungkin dilahirkan normal tetapi membesar dalam keadaan yang berbeza dengan anak-anak yang lain.

Antara kes yang kerap terjadi adalah autisme. Kanak-kanak yang mengalami autisme selalunya dilahirkan dengan keadaan yang normal dan selepas beberapa bulan, barulah kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda autistik.

Antara ciri-ciri anak autisme ialah, suka bermain sendiri, lambat bercakap dan tiada 'eye contact' dengan orang.


Tanda-tanda autisme selalunya dikesan seawal umur 2 tahun seperti yang diceritakan oleh Norakma Jamlos menerusi akaun Facebook beliau tentang tanda-tanda autisme yang ditunjukkan oleh anaknya, adik Nur Fharha Humaira Bt. Mohd Haritz yang kini berumur 2 tahun 7 bulan.

Menurut Norakma, adik Nur Fharha itu di diagnosis autisme pada umur 2 tahun namun masih belum disahkan oleh doktor. Pada umur 2 tahun juga dia masih belum mula bercakap. 

Menyedari tentang perkara itu, Norakma membawa anaknya melakukan pemeriksaan doktor di Hospital Selayang.

Ciri-ciri anaknya ketika sudah menjangkau usia 2 tahun ialah, suka bermain sendiri, tak pernah menyebut sepatah perkataan pun, lari bila kakaknya mengajak bermain bersama dan tak pernah pedulikan orang sekeliling.

Adik Nur Fharha Humaira
Selepas mencapai usia 2 tahun 7 bulan, anaknya yang ketiga ini mula menunjukkan sedikit perubahan terhadap dirinya namun masih lagi belum bercakap. 

Antara perubahan yang dialaminya ialah, mudah menerima arahan, pandai mencari ibunya ketika tiada, bila dimarahi ibunya dia terus peluk dan cium ibunya dan sudah mula bermain dengan kakaknya.

Berikut adalah perkongsian penuh yang ditulis oleh Norakma Jamlos. Semoga dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Adik Nur Fharha dan 2 orang kakaknya
Tergerak hati ingin berkongsi cerita kisah anak saya. Anak saya berumur 2 tahun 7 bulan , perempuan dan anak ketiga. Diagnosis Autisme tetapi masih belum disah kan oleh Doktor. Dia masih belum boleh bercakap(Speech delay).


Saya mula bawa dia berjumpa dengan doktor di Hospital Selayang pada umur dia 2 tahun. Saya mula perasaan dia bukan macam kanak-kanak lain, sangat berbeza. Masih tak boleh bercakap walapun sudah 2 tahun.

07/06/2017- Pergi ke klinik kesihatan untuk imunisasi 2tahun sambil tu bercerita kisah anak, nurse kk buat surat untuk dapatkan appointment di hospital.

24/8/2017 - Berjumpa dengan pakar Paediatriks, doktor sarankan untuk berjumpa dengan pakar telinga dan mata.

18/9/2017- Berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak, Alhamdulillah pendengarannya normal. 

Adik Nur Fharha Bersama Ibunya Norakma Jamlos

30/11/2017- Berjumpa lagi dengan pakar Paediatrcs, Modified Checklist For Autism In Todlers (MCHAT) gagal 10 perkara, semua gagal dalam kategori kritikal, Allah sedihnya.

Ciri-ciri anak saya ketika berumur 2 tahun, tiada eye contact, bila panggil buat tak tahu, suka main sendiri, 'speech delay' sepatah perkataan tak pernah sebut,hanya 'aaaaa' dan sangat bising mulutnya, tak pandai nak bersalam dengan org atau kami ummi dan abah dia, tak berminat untuk bermain kakak-kakak ajak main dia lari, tak pernah nak pedulikan orang disekeliling dia. 

Dia dengan dunia dia sendiri dan dia jugak seolah-olah tidak mengenali kami. Suka mengibas-gibas tangan kalau dia gembira (flipping hands) Alhmdulillah dia tak ada tingkah-laku.

Sekarang umur dia dah 2tahun 7bulan,banyak yang berubah cuma masih tak boleh bercakap lagi dan masih ada lagi ciri-ciri autisme.

Eye contact dah ada walaupun terhad, arahan-arahan mudah pun dia dah mula faham, bila saya marah cepat-cepat datang dan peluk cium.



Bila panggil dah mula pandang (kadang-kadang tak pandang sbb asyik panggil je)
pandai cari saya bila saya tak ada, tahu dah cari ummi kat mana. 'Office' ummi la kat dapur.

'Flipping hands' masih ada tapi saya mula ajar jangan buat flipping hands tukar pada tepuk tangan (claps hands) bila rasa gembira. Alhamdulillah banyak yang berubah untukkurangkan kan ciri autisme tu agak susah, kadang-kadang boleh jadi singa kadang jadi tarzan. Tips dari Kelab AM di fb banyk membantu dan dari sumber lain juga

29/1/2018 - Akan berjumpa dengan Speech Therapy..semoga urusan kami di permudahkn

Jika anda melihat anak orang lain masih tidak boleh bercakap tidak sama sifatnya macam anak anda jangan terus berfikiran negatif, jangan ingat orang yg sempurna itu tidak boleh di jadikan tidak sempurna semula.



Harap dengan perkongsian cerita saya ni tiada yang menyinggung perasaan sesiapa dan sekiranya info yang saya ceritakn salah maafkn saya. Jika anak anda ada kelainan dari kanak-kanak biasa bawak berjumpa dengan doktor pakar. Saya bawak berjumpa dengan doktorr pakar di Hospital Selayang. Semoga segala urusan kita semua dipermudahan, amin.

Sehingga artikel ini ditulis, Puan Norakma Jamlos mengesahkan bahawa anaknya itu masih belum mendapat pengesahan dari doktor sama ada anaknya penghidap autisme ataupun tidak. Cuma apa yang diberitahu kepada Siakap Keli, doktor menyarankan untuk membuat beberapa terapi untuk kurangkan ciri-ciri autisme tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo dukung team Anda bersama saya di Upd4te Bett1ng
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. Mari bergabung dengan saya di www*F4nsBett1ng*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli