Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pukul Kepala Ibu Guna Besi Pemotong Rumput Hingga Berlaku Pendarahan Teruk Dan Pengsan


Seorang ibu tidak menyangka bahawa anak lelakinya sanggup memukul kepalanya hingga cedera hanya kerana enggan memberi wang dalam kejadian yang berlaku 4 petang semalam di Felda Bukit Sagu 3, Kuantan di Pahang.

Warga emas yang dikenali sebagai Mea'ah Abd Majid, 65, cedera selepas dipukul menggunakan besi pemotong rumput oleh anak lelakinya yang berusia 25 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, suspek dipercayai mengamuk lalu memukul ibunya sebelum mangsa melarikan diri untuk mendapatkan bantuan dari jiran.


"Ekoran itu kepala mangsa mengalami pendarahan yang teruk sebelum pengsan di depan rumah jirannya.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan," katanya,

Suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput itu kemudiannya bertindak melarikan diri sebelum pihak polis berjaya menahannya beberapa jam kemudian.

Katnya lagi, suspek disyaki berada di bawah pengaruh dadah ditahan di sekitar daerah ini setelah pihaknya menerima laporan daripada orang kampung.

Dalam pada itu, mangsa yang menerima tiga jahitan di kepala dilaporkan berada dalm keadaan stabil. Pihak polis akan mengambil keterangan mangsa bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada orang awam.


Sumeber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Mari gabung bersama agen terpercaya di Indonesia (Upd4te Bett1ng)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, 4man dan terpercay4

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli