Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Allah Tarik Nikmat Aku Sekejap Je" Lelaki Menyesal Dan Ditimpa Malang Selepas Buat Tak tahu Permintaan Rakannya Membeli Makanan Kucing

Ditulis oleh farra vy, 10 Jan 2018
2 ulasan

Kenapa perlu berkira? Zaman sekarang semua pakai duit, orang kata nak cangkung pun pakai duit.  Gaji tak banyak mana, semua perlu dijimatkan.  Bukan senang nak cari duit, bangun awal pagi balik lewat malam demi mencari sesuap nasi.

Tapi kita seharusnya ingat, jika kita susah, ada lagi orang yang lebih susah dari kita.  Sekurang-kurangnya kita ada rumah boleh tidur, ada air boleh minum kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang hanya tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit.  Rezeki Allah swt itu luas, masih mampu hirup udara di atas muka bumi ini juga rezeki.  Jadi dengan segala nikmat yang diberi, tidak salah jika kita berkongsi walau sikit asalkan ikhlas tidak kira sesama manusia, haiwan atau apa saja dimuka bumi ini.

















Menerusi perkongsian Zoul Bucker ini, beliau menceritakan pengalamannya yang seperti mengendahkan permintaan rakan sekerjanya untuk membeli makanan kucing.  Namun, kejadian yang berlaku selepas itu sangat mengejutkan.  Malangnya bertimpa-timpa, perasaan yang digambarkan terasa berat.  Mari ikuti kisah lanjut dan pengajaran yang boleh kita ambil daripada perkongsiannya.

Pengajaran yang Allah tunjukkan cash.

Pagi tadi sarapan kerani aku kirim beli nasi untuk kucing tapi aku terlupa & buat tak endah.. alaa.. kucing je kot. Lapar agaknya kucing tu.



Petang pulak aku pegi Melaka dalam perjalanan dekat highway singgah RnR sebab perut lapar, minyak dah kuning & touch n go kena topup.

Ko tahu Jah.. sampai RnR wallet aku HILANG !!

Jadi aku pun tersadai kat RnR ni.

Nak patah balik minyak tak cukup..
Nak keluar tol touch n go tak cukup..
Nak makan beli mineral water pun tak mampu duit tak cukup..

Ko bayangkan Jah.. aku dah terperangkap kat sini tak boleh buatpe. Kad bank xde.. duit xde... kad kredit xde.. minyak kereta xde.. semuanya xde serentak beb.



Aku kol kerani kat opis.. wallet aku xde.
Kol bini kat rumah.. wallet aku xde.
Lagi stress.. wallet tercicir.. abes jahanam.

Aku kol mintak bantuan bebudak opis dorang boleh sampai dalam 3 jam. Ye la.. kat highway jauh beb. Ko rase pitam tak pitam nak tunggu 3 jam dgn tak makan.

Allah tarik nikmat aku sekejap. Dia beri aku lapar 4-5 jam.. Aku cuma mampu tengok orang makan minum..
Aku dah macam sekor kucing yang lapar minta ehsan orang..



Ya Allah azab siot.. menggigil aku lapar..beli air pun tak mampu.

Pastu aku duk surau solat & doa mintak Allah jumpakan balik wallet aku..

Ko tahu Jah.. setengah jam lepas solat.. akak kantin kol aku cakap wallet aku tercicir kat kantin. Ya Allah lagi satu petunjuk. Cuba aku tak solat tadi.. tak berdoa.. memang tak jumpa wallet aku. Tetiba siot.

HIKMAH yang aku dapat hari ni banyak...

1. Orang penah cakap beri kucing makan tu murahkan rezeki kita.. hari ni aku dah kena. Aku tak beli makanan kucing.. tuhan tarik nikmat aku sekejap.. rasakan lapar macam mana kucing tu lapar.



2. Sesusah mana kita.. jgn lupa solat & berdoa kat DIA permudahkan urusan.. Ya Allah sekelip mata DIA bantu aku. Terus jumpa wallet aku lepas solat.. sebelum solat tak jumpa.



3. Jangan kedekut.. banyakkan bersedekah. Ingat org susah yang tak makan. Aku baru 3-4 jam tak makan macam nak mati..



Ya Allah besar dugaan aku kali ni.
Semoga aku mendapat hikmahnya.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "