Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ajar Anak Hafaz Al-Quran Dari Bayi? Tiada Yang Mustahil, 4 Tips Dari Ibu Ini Boleh Dipraktikkan Oleh Ibu Bapa.

Ditulis oleh Sha Rossa, 10 Jan 2018


Ibu bapa mana yang tidak suka jika anak mereka mampu menghafaz al-Quran pada usia yang sangat muda. Tidak ada yang mustahil sekiranya mereka dididik sejak awal kerana minda mereka ibarat kain putih, masih bersih dan mudah untuk mengingat.

Sebagai contoh, kita mesti pernah melihat anak yang masih kecil walaupun tidak lancar menyebut tapi mampu menghafal lirik lagu nyanyian dewasa. Ini kerana dia sentiasa mendengar dan didedahkan dengan muzik tersebut.

Oleh itu, jika mahu anak-anak anda boleh menghafaz al-Quran, perkara yang paling penting adalah mendedahkan alunan al-Quran sejak dari bayi seperti yang dikongsi oleh Siti Aminah Sulaiman di laman facebook.

Jom kita baca perkongsian beliau bagaimana mendidik anaknya Nursolehah menghafaz al-Quran seawal bayi sehingga kini berusia empat tahun.

InshaAllah hari ini saya akan kongsikan ilmu bagaimana saya ajar anak saya Nursolehah menghafaz al Quran dari Bayi.

Ilmu ini sangat MAHAL dan biasanya saya hanya kongsikan ketika seminar saja.

Tapi harini saya kongsikan buat tatapan semua supaya setiap ibu ayah dapat melahirkan anak yang CINTA Al Quran.

Pada pendapat saya kita tak perlu jadi seorang Hafizah atau Hafiz Al Quran baru kita layak untuk ajar anak hafaz Al Quran.

Melihat kepada latar belakang saya sendiri dari bidang Audiologi dan suami dari bidang medical, kami juga mampu didik kedua anak kami hafaz alQuran dari kecil (dengan Izin Allah)

Yang penting ialah TAHU kaedah yang betul.

Ini pendekatan yang saya gunakan:

1) MULA SEAWAL YANG MUNGKIN

Mengajar anak menghafaz sebaiknya bermula sewal yang mungkin dari anak masih bayi lagi.

Setiap kali saya menyusukan anak saya Nursolehah, saya akan pastikan diri saya mengalunkan surah-surah pendek yang saya hafaz.

Cukuplah dengan kita bacakan surah-surah lazim seperti al Fatihah, 3 Qul dan surah pendek lain dari Juz Amma.

Saya lebih gemarkan gunakan suara saya sendiri saya memandangkan sepanjang 9 bulan anak berada di alam rahim, dia sudah ‘kenal’ dengan suara ibunya.

Anak yang baru lahir paling selesa dengan suara ibunya.

2) KETIKA ANAK BERUMUR 1 TAHUN 6 BULAN

Pada usia Nur solehah menjangkau 1 tahun 6 bulan, saya mula ajar dia untuk sebut satu persatu ayat-ayat al Quran.


Kenapa pada usia 1 tahun 6 bulan (18 bulan)?

Saya lihat kepada carta perkembangan bahasa,purata bayi normal yang berumur 18 ke 24 bulan boleh menghasilkan 2-3 suku kata perkataan.

Contoh 2 suku kata ialah:
/a-ba / / a-ma / /a-tok/

Jadi apa yang saya buat dirumah ialah saya pecahkan sebutan ayat-ayat dalam surah kepada 2-3 suku kata, dan saya lihat anak saya boleh ikut walaupun pelat pada awalnya.

Boleh lihat dalam video bagaimana saya pecahkan surah Al Ikhlas kepada 2-3 suku kata saja untuk setiap ayat dalam surah tu.

Setiap kali saya baca, saya beri peluang anak ulang semula apa yang dia dengar.

Tipsnya ialah pastikan anak MESTI nampak pergerakkan mulut kita supaya dia boleh tiru sebutan ayat al Quran.

Contoh untuk Basmallah:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Pecahkan kepada 2-3 suku kata:

Bismil-lah / hir-rah-mah/ nir-ra-him/

KESILAPAN BESAR yang biasa kita buat ialah bila kita bacakan ayat penuh kepada anak (tanpa pecahkan kepada suku kata),

Maka apa yang berlaku ialah anak tidak dapat ikut sebutan kita kerana anak hanya mampu hasilkan 2 suku kata saja pada umur ini.

Menggunakan kaedah ini,
dengan Izin Allah Nursolehah sudah mampu hafaz dengan lancar al Fatihah, 3 Qul ,Al Kafirun, Al Bayyinah, Al Masad dan surah dalam Juz Amma sebelum berusia 2 tahun.

Boleh lihat pada video bacaan Surah AL Bayyinah ketika dia berusia 1 tahun 11 bulan.

3) KERAP PERDENGARKAN BACAAN AL QURAN

Apabila anak berusia 2 tahun saya kerap pasangkan dia murattal al Quran.

Saya hanya download saja apps Juz Amma Mishary Alafasy MP3 di phone. Kualiti bacaannya sangat bagus.

Saya cadangkan yang baru hendak bermula ajar anak hafaz untuk download apps ini. Gambar sudah saya sertakan dibawah ini.

Pastikan kita perdengarkan anak dengan bacaan dari Qari yang sama,

Kerana anak menghafaz dengan intonasi dan lengguk Qari yang mereka kerap dengar,

Maka jika kita kerap tukar Qari akan menganggu daya ingatan anak pada surah yang sedang mereka hafaz.

4) PASTIKAN SELALU SEMAK BACAAN ANAK

Ingatan anak kecil ni ibarat “sponge”. Mereka sangat mudah ingat apa yang mereka kerap dengar.

Tetapi mereka juga sangat cepat lupa kerana anak yang menghafaz melalui kaedah Audio ini selalunya simpan maklumat di Short Term memory.

Short term memory ini sifatnya mudah ingat tapi cepat hilang.

Maka untuk kita kekalkan hafazan mereka, penting untuk kita selalu semak semula hafazan anak.


Pengalaman saya sendiri ketika ajar Nur Solehah menghafaz, jika saya tertinggal untuk semak bacaan dia dalam masa 2 minggu saya dapati banyak ayat yang dia sudah lupa atau tertukar dengan surah lain.

Jangan risau atau lemah semangat bila anak lupa apa yang mereka hafaz, anggaplah ianya peringatan dari Allah untuk kita lebih dekat dengan AL Quran.
Ini salah satu tanda kasih sayang Allah pada kita, melalui anak-anak kita sendiri.

Alhamdulillah kini pada usianya 4 tahun dia sudah menghafaz Surah Taha bersama dengan abangnya dan juga surah Al Kahfi.

Semoga perkongsian kali ini memudahkan pembaca yang ingin mengajar anak sendiri hafaz al Quran dirumah.

Silakan SHARE ilmu ini untuk manfaat yang berpanjangan TAG pasangan anda supaya supaya lebih mudah untuk didik anak dirumah.

Siakapkeli.My




Sumber : Siti Aminah Sulaiman
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  4. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "