Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ada Yang 'Burn' Tiket, Ada Ulang-Alik Ke China Macam Pergi Perlis," Lelaki Ini Kongsi Ragam 'Ultras Malaya' Di Bumi Kunshan


19 Jan - Jika anda seorang peminat bola sepak Malaysia, mesti anda kenal dengan sekumpulan 'budak' yang berkumpul ramai-ramai dan berdiri serta bersorak tanpa henti dalam stadium kan?

Ya, kumpulan gerakkan Ultras Malaya namanya. Gerakkan ini ditubuhkan pada tahun 2007 yang diasaskan oleh beberapa penyokong tegar skuad Harimau Malaya yang dahagakan perubahan dalam landskap bola sepak Malaysia.

Bukan sahaja di Stadium Bukit Jalil mahupun Stadium Shah Alam, malah hingga ke tanah arab pun anda akan menjumpai geng Ultras Malaya ini jika perlawanan yang melibatkan skuad negara.

Tanpa ditaja oleh mana-mana pihak ataupun individu, gerakkan ini bergerak dengan hasil penjualan produk keluaran mereka sendiri seperti mafla, baju, topi dan beg.


Ketika ini sedang berlangsung kejohanan AFC U23 Championship 2018 yang diadakan di Kunshan, China. Skuad Malaysia telah berjaya layak ke kejohanan ini secara merit buat kali pertama dalam sejarah kejohanan.

Kumpulan Ultras Malaya juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bersama-sama pasukan Malaysia mengharungi cabaran kejohanan ini yang kebanyakkannya disertai oleh negara-negara gergasi bola sepak asia.

Seorang pengguna Facebook, Amirul Aziezie yang juga salah seorang daripada rombongan Ultras Malaya ke tembok besar China telah berkongsi tentang perangai 'gila' yang dilakukan oleh kumpulan penyokong tegar itu.

Menurut Amirul dalam entri Facebooknya, ada diantara penyokong ini masih tidak pulang ke Malaysia kerana pasukan Malaysia berjaya menempatkan diri dalam 8 pasukan terbaik seterusnya meneruskan cabaran di suku akhir.


Ada juga diantara mereka yang sudah pulang tetapi kembali semula ke Kunshan seolah-olah perjalanan ke Kunshan ibarat perjalanan ke Perlis sahaja. Ada juga yang sepatutnya pulang selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan tetapi sanggup membeli tiket yang baru selepas Malaysia ke suku akhir.

Tak terlepas juga ada yang dikatakan tertinggal kapal terbang. Ada juga yang terpaksa balik kerana perlu menghadiri kes perbicaraan di mahkamah namun, mahkamah menangguhkan perbicaraan tersebut.

Ringkasnya, macam-macam dugaan yang terpaksa mereka harungi hanya untuk bola sepak Malaysia. Mereka sanggup korbankan masa dan wang ringgit demi 90 minit perlawanan skuad negara.

Tidak kurang ada yang memperlekehkan mereka ini namun itu bukan jadi penghalang buat mereka untuk kekal setia menyokong pasukan Malaysia ketika kalah atau menang.


Skuad bawah 23 tahun Malaysia telah berjaya layak ke pusingan suku akhir selepas berjaya menduduki tempat kedua dalam kumpulan C dengan mengumpul 4 mata dari 3 perlawanan.

Pasukan ini juga dilaporkan akan bertemu pasukan Korea Selatan iaitu juara bagi kumpulan D. Sudah pastinya kemenangan yang kita harapkan untuk pasukan Malaysia dan terus mencipta kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli