Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Stesen Minyak Taman Pelangi Sekali Lagi Jadi Tumpuan, Isteri Mangsa Datang Adakan Ritual

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 20 Dis 2017
3 ulasan

JOHOR BAHRU: Stesen minyak yang menjadi lokasi pembunuhan seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan kongsi gelap di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini pada malam Ahad, sekali lagi menjadi tumpuan pada Selasa.

Ini berikutan sebuah upacara ritual dijalankan di tempat kejadian yang bertujuan memanggil semula roh mangsa yang terbunuh.

Upacara yang bermula pada pukul 4.49 petang dan berakhir sekitar 5.30 itu dilakukan oleh dua sami sambil dihadiri dua wanita dipercayai isteri mangsa dan rakannya.

Beberapa anggota polis dan pihak media juga turut dilihat berada dilokasi kejadian bagi mengawal situasi selain membuat liputan mengenai upacara itu.

Menurut kepercayaan masyarakat Tionghua, upacara sedemikan penting kerana roh seseorang yang mati secara tragik misalnya membunuh diri dan dibunuh akan berkeliaran di kawasan lain selepas insiden dan perlu dipanggil balik ke tempat asal (rumah) bagi memastikan rohnya tenang.


Terdahulu, mangsa yang berusia lingkungan 30an mati selepas ditikam, dilanggar dan digilis menggunakan sebuah kereta oleh sekumpulan lelaki pada Ahad lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan, sebelum tiba-tiba didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka.

Mangsa dilaporkan berjaya seketika meloloskan diri namun dilanggar dan digilis dengan kereta sebelum keempat-empat lelaki tersebut melarikan diri.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kejadian pembunuhan lelaki itu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Justeru, usaha untuk menjejaki dan memburu keempat-empat suspek sedang giat dijalankan.

Sumber- BERNAMA
               mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu
    minimal depo/wd hanya 50rb (F4ns Bett1ng)

    BalasPadam
  2. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli