Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Aksi Tentera Israel Tahan Remaja Dengan Kasar Didedah, Mangsa Ceritakan Kisah Didera Semasa Ditahan


Seorang remaja Palestin berusia 16 tahun yang ditahan pihak berkuasa Israel menjadi simbol dan bukti kepada penggunaan kekerasan secara berlebihan dalam operasi tentera negara haram tersebut dalam menahan kanak-kanak Palestin setelah mendakwa dia membaling batu kepada mereka.

Fawzi al-Junaidi, yang ditutup matanya dilihat dikelilingi oleh sekumpulan anggota tentera Israel, dipercayai lebih daripada 20 orang yang lengkap bersenjata. Fawzi kelihatan terpinga-pinga kerana tidak dapat melihat apa yang berlaku disekelilingnya. Gambar tersebut yang mula tersebar sejak awal minggu ini turut dikongsi oleh ribuan pengguna di media sosial.

Remaja tersebut yang menafikan bahawa dirinya ada membaling batu terhadap tentera Israel ditahan pada Khamis minggu lepas setelah bantahan secara besar-besaran berterusan di Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis dan Gaza sejurus selepas Amerika Syarikat bertindak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara haram Israel.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 16 orang warga Paletin ditahan, 4 terbunuh dan lebih daripada 700 orang tercedera dalam protes tersebut dalam tempoh 6 hari selepas pengumuman tersebut dibuat oleh Donald Trump.

Al-Junaidi juga turut menafikan bahawa dirinya terlibat dalam bantahan tersebut namun tidak diendahkan oleh tentera Israel selepas ada saksi yang mendakwa melihat perbuatan al-Juanaidi membaling batu terhadap pasukan tersebut.

''Dia kata dia dalam ketakutan ketika itu dan melarikan diri selepas tentera Israel membaling gas pemedih mata.

''Fawzi memberitahu bahawa dia dipukul dengan senjata dan menunjukkan kesan pukulan tersebut yang ada dibahagian leher, dada dan belakangnya,'' kata peguam al-Junaidi, Farah Bayadsi.


Remaja tersebut dibawa ke mahkamah tentera untuk didakwa pada Rabu setelah pendengaran awal dilakukan pada Isnin lalu. Dia didakwa dengan pertuduhan membaling batu terhadap anggota keselamatan namun keputusan terhadap pertuduhan tersebut hanya diketahui pada 18 Disember ini.

''Ketika dia ditemui di penjara, dia memakai kasut selipar yang besar. Dia kehilangan kasutnya dan turut memberitahu cara dia dilayan ketika berada dalam tahanan penjara.

''Malah pendakwa raya langsaung tidak menyebut sama ada tentera Israel yang didakwa menggunakan kekerasan secara berlebihan sama ada akan turut disiasat atau tidak,'' kata peguamnya lagi.

Penahanan al-Junaidi memberi kesan kepada keluarganya setelah dia mengambil alih tempat ibu bapanya mencari rezeki menyara mereka sembilan sekeluarga selepas ayahnya mengalami kecederaan pada bahagian kaki manakala ibunya pula menghidapi penyakit berbahaya.

Malah pakciknya, Rashad turut memberitahu bahawa al-Junaidi ketika itu berada di tempat yang salah pada masa yang salah.

''Dia keluar dari rumah untuk membeli barang runcit. Malangnya ketika dia sedang mencari kedai tersebut, dia bertembung dengan anggota tentera yang sedang melakukan operasi.

''Mereka memukul dan menutup mata lalu menahanya. Awalnya dia dibawa ke pusat tahanan berdekatan tempat tinggal. Pada pukul 2 malam, dia dipindahkan ke tempat tahanan yang lain sebelum dibawa ke Penjara Ofer,'' kata pakciknya lagi.

Penjara Ofer adalah penjara Israel dimana kebanyakkan tahanan ditahan. Pengurusan penjara tersebut jarang sekali membenarkan waris tahanan untuk melakukan lawatan malah turut menafikan permit ahli keluarga untuk masuk ke Israel bagi melawat tahanan.

''Dia tidak terlibat dalam sebarang bantahan. Malangnya, kami tidak dapat berkomunikasi dengannya sejak dia ditahan," kata Rashad lagi.

''Administrative Detention" seringkali digunakan oleh Israel untuk menahan warga Palestin tanpa melalui sebarang pembicaraan, kebiasaanya berdasarkan bukti rahsia.

Ayed Abu Qtaish, wakil pergerakkan hak asasi manusia mendakwa hingga kini kira-kira 320 orang kanak-kanak Palestin berada di penjara Israel.

''Kanak-kanak ini biasanya ditahan kerana mereka didakwa membaling batu, terlibat dalam bantahan, atau didakwa memiliki senjata.

''Sepanjang tempoh tahanan tersebut, kanak-kanak ini melalui pelbagai soal siasat termasuk ada yang didera,'' katanya lagi.


Sumber : Al-Jazeera
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  5. Dapatkan Bonus Menarik Setiap Harinya di Liburpoker
    • PROMO BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 25%
    • PROMO BONUS HARIAN 10%

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli