Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) ''Oumuamua, Pelawat Pertama Dari Luar Sistem Suria Mungkin Sebuah Kapal Angkasa Yang Rosak'' - Ahli Astronomi


Bulan lepas, komuniti sains seluruh dunia terpesona apabila menyambut ketibaan objek pengembara antara bintang (interstellar), Oumuamua yang dikatakan objek pertama dari luar sistem solar yang datang 'melawat' Sistem Suria kita.

Malah, kehadiran objek tersebut juga berjaya dijejak menggunakan teleskop Pan-STARRS 1 yang terletak di Hawaii.

Baru-baru ini, mereka dikejutkan sekali lagi apabila seorang sainstis mendakwa bahawa Oumuamua bukan sebuah 'batu angkasa', sebaliknya mendakwa ia mungkin sebuah kenderaan angkasa lepas yang mengalami kegagalan enjin disebabkan pergerakkan komet tersebut dilihat aneh dan tidak seperti komet-komet yang lain.


Dr Jason Wright dari Pennsylvania State University berkata, ia mungkin sebuah kenderaan peninjau yang dihantar oleh sebuah tamadun asing untuk menyelidik dan menjelajah ke tamadun lain.

Walaupun dakwaan tersebut tidak dapat disahkan, namun ia sudah cukup untuk menggerakkan satu usaha yang diketuai oleh tokoh sains terkemuka dunia, Professor Stephen Hawking untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Pasukan yang diketuai beliau bakal menggunakan sebuah alat pengimbas berteknologi tinggi untuk mencari pengesahan bahawa Oumuamua sebenarnya adalah sebuah kapal angkasa, bukan komet.

Ketika ia melintas Bumi pada kelajuan 137,920 kilometer per jam bulan lalu, ada sebilangan saintis yang berpendapat Oumuamua bukannya sedang bergerak seperti komet-komet yang lain, sebaliknya mereka percaya ia sedang 'jatuh' melalui Sistem Solar.



Dr Wright ketika menulis di laman blognya, beliau mendakwa bahawa Oumuamua mungkin menghadapi masalah kerana jika ia tidak bergerak dengan sangat pantas bagi membolehkannya bergerak melepasi sesuatu galaksi, kupayaan pesawat tersebut mungkin terjejas akibat dipengaruhi oleh bintang-bintang berdekatan dan akhirnya ia menghadapi masalah lalu kelihatan seolah-olah seperti sebuah komet lain yang berlegar di cakerawala.

''Sebenarnya, Oumuamua (dianggap) mempunyai masalah dan siapa sahaja yang berada di dalam pesawat tersebut sudah tiada kawalan lagi terhadap Oumuamua. Jadi, mereka mungkin sudah menjangkakan bahawa Oumuamua akan jatuh. Walaupun pendorong pesawat tersebut rosak, namun ia tidak bermakna sistem komunikasi pesawat tersebut turut rosak'', katanya lagi.

Dr Wright juga mencadangkan bahawa Oumuamua mungkin sebuah pesawat angkasa 'Von Neumann Probe', sebuah konsep kapal angkasa bina-sendiri yang diperkenalkan oleh John Von Neumann untuk mengembara ke sistem solar yang lain.

''Penemuan sebegini dapat mencadangkan bahawa objek-objek sebegini sememang banyak di dalam cakerawala dan memberikan kita lebih peluang untuk mengkajinya'' katanya lagi.

Idea mengenai kewujudan tamadun asing bukanlah perkara baru yang diutarakan oleh Dr Wright. Sebelum ini, ia juga mendakwa kemerosotan cahaya sebuah bintang dengan kod KIC 8462852, juga dikenali sebagai Bintang Tabby adalah disebabkan aktivi struktur mega tamadun asing, Sfera Dyson - sebuah konsep dimana satu struktur dibina mengelilingi sesuatu bintang untuk menuai semua tenaga yang dilepaskan oleh bintang tersebut.

Konsep struktur Sfera Dyson

Pandangan terkini beliau mengenai Oumuamua turut diambil berat oleh komuniti saintis yang menubuhkan sebuah kumpulan dikenali sebagai Breakthrough diketuai oleh Profesor Stephen Hawking.

Mereka bakal menggunakan radio teleskop boleh arah terbesar di dunia terletak di West Virgina untuk mengimbas Oumuamua selama 10 jam.

Dengan mesin berteknologi tinggi tersebut, mereka akan mengesan isyarat elektromagnetik, lebih lebih lemah berbanding isyarat yang dipancarkan oleh sebuah telefon bimbit yang tidak boleh dihasilkan oleh objek semula jadi di angkasa lepas.

Jika isyarat tersebut berjaya dikesan, ia dapat menjadi bukti bahawa terdapat capur tangan sumber bukan semula jadi yang berlaku ke atas Oumuamua.

''Para penyelidik yang kini berusaha untuk membina kenderaan angkasa untuk perjalanan jarak jauh mencadangkan bentuk lurus Oumuamua hampir pasti menyerupai bentuk sebuah kenderaan penjelajah antara bintang, kerana bentuk tersebut akan meminimakan geseran dan kerosakkan akibat pelanggaran dengan debu-debu angkasa,'' kata Profesor Stephen Hawking.

Satu lagi keanehan yang timbul adalah pergerakkan Oumuamua meninggalkan kesan yang sangat bersih tanpa melepaskan sebarang debu yang biasa dikesan dalam laluan sesebuah komek yang sedang bergerak.

Oleh itu, pakar mencadangkan bahawa Oumuamua mungkin objek yang sangan padat, berkemungkinan batu tetapi boleh jadi juga ia adalah logam.

Seorang lagi pakar astronomi dari Universiti Havard, Profesor Avi Loeb bagaimanapun mencadangkan komuniti sains mengambil langkah lebih berhati-hati jika berjaya menerima sebarang isyarat dari Oumumua.

''Kita perlu mendengarnya terlebih dahulu dan meneliti dengan sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan.

''Bagaimanapu saya optimis bahawa sesebuah tamadun yang sangat maju adalah sebuah tamadun yang menghargai keamanan. Malah, kita boleh menjimatkan perbelanjaan berbilion dengan hanya berlajar dan mengkaji isyarat yang dihantar.

''Tetapi, terdapat juga kemungkinan bahawa tamadun seperti itu mempunyai niat buruk yang mungkin boleh memberi risiko terhadap kewujudan manusia, jadi kita perlu jadi sangat berhati-hati dalam cubaan berkomunikasi dengan mereka,'' katanya.



BACA : (Video) Oumuamua, 'Pelawat' Dari Luar Sistem Solar Lawat Sistem Suria Buat Pertama Kali

Sumber : Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di www.fanspoker.com
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  5. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli