Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Lelaki Dipukul Beramai-Ramai, Ditikam Dan Digilis Sampai Mati

3 ulasan

Johor Baharu: Seorang lelaki maut selepas dia dipukul beramai-ramai sebelum ditikam dan digilis oleh sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, malam tadi, lapor Berita Harian.

Sebueh video kejadian berkenaan telah tersebar di media sosial dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kejadian yang berlaku yang berlaku kira-kira jam 7.30 itu menunjukkan mangsa diheret keluar daripada sebuah kereta jenis BMW, dia dipukul secara beramai-ramai, ditikam sebelum kereta berkenaan bertindak melanggar dan menggilis mangsa.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata sebelum kejadian, mangsa bersama dengan isterinya yang menaiki kereta jenis Volkswagen Polo berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kereta.

Selepas behenti di situ, datang sebuah kereta jenis BMW berwarna putih menghampiri mereka.

"Seorang daripada suspek dipercayai keluar dari kereta dan menarik isteri mangsa sebelum wanita terbabit berjaya menyelamatkan diri.

"Mangsa cuba mempertahankan isterinya kemudian bergelut dengan seorang daripada suspek sebelum suspek yang lain melanggar mangsa sebanyak dua kali," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Menurut beliau lagi, suspek kemudiannya bertindak membaling mercun dipercayai untuk menakutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum melarikan diri.

"Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Pihak polis kini giat mengesan suspek yang menaiki kereta BMW berwarna putih dengan nombor pendaftaran WB 79 L untuk tampil membantu siasatan.

"Sesiapa mengenali atau dapat mengesan kenderaan ini diminta untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian  07-2212999 dengan kadar segera," katanya.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kenapa org boleh rakam tapi tak boleh nak tolong dan bantu?

    BalasPadam
  2. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli