Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Ingatkan Tunang Ajak Jumpa Nak Bincang, Tapi Kena Belasah Berjemaah Dengan Teman Lelaki Baru Wanita Itu

2 ulasan

Seorang lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan di kepala dan badan selepas dibelasah oleh sekurang-kurangnya 20 lelaki di sebuah restoran 24 jam dekat Layang-layang Kluang Johor, awal pagi Jumaat lalu.

Menurut mangsa, selepas hadir ke restoran berkenaan kerana ingin menyelesaikan masalah yang berlaku antara dia dan tunangnya serta seorang lelaki yang berusia lingkungan 20an, dia dpercayai diserang kumpulan lelaki berkenaan.

“Sebelum kejadian saya dan tunang ada masalah peribadi dan kami bercakap menerusi telefon kira-kira dua jam setengah .

“Kira-kira 4 pagi saya menerima mesej suara menerusi WhatApps daripada tunang dan lelaki berkenaan yang mahu berjumpa di restoran berhampiran tempat tinggal saya bagi menyelesaikan perkara berkenaan secara baik.

“Kira-kira 4.30 pagi saya menunggang motosikal dan sebaik turun, lelaki berkenaan meluru dan menendang saya disusuli dengan lelaki lain yang tiba-tiba menyerbu memukul saya termasuk menggunakan kerusi plastik, kayu dan topi keledar hingga saya berasa seperti mahu pitam,” katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.


Jelasnya, sekumpulan lelaki itu melarikan diri sejurus penunggang motosikal lain mendekati mereka dan dia dibawa ke klinik berhampiran menaiki kereta oleh orang ramai.

“Kemudian saya ke hospital bagi melakukan pemeriksaan lanjut dan membuat laporan polis di Balai Polis Layang-Layang kira-kira 7 pagi selepas itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, usaha menjejaki suspek yang tinggal di sekitar Kulai sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber- Harian Metro
               Umi Maisara
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di www.fanspoker.com
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. dengan minimal deposit 10.000 segera dicoba keberuntungannya bersama kami
    dan menangkan uang hingga jutaan rupiah bersama dewapk**
    dengan pin bb D87604A1 ditunggu ya ^^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli