Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Cuci Cawan Guna Berus Tandas Dan Lap Lantai Guna Tuala, Tiga Hotel Mewah Diarah Membayar Denda


Tiga buah hotel terkemuka di China didapati gagal menjaga kebersihan asas apabila perbuatan petugas-petugas kebersihan mereka membasuh pinggan mangkuk dan cawan menggunakan berus tandas berjaya dirakam.

Pemerhati dari majlis perbandaran bagi hal kebersihan, pelancongan, makanan dan keselamatan ubat Harbin, Heilongjian memberitahu bahawa pegawai penyiasat telah mengesahkan bahawa rakaman yang disiarkan oleh Pear Video pada Selasa adalah asli dan hotel-hotel berkenaan telah pun diberi amaran agar tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Media tempatan, Beijing Youth Daily melaporkan bahawa petugas kebersihan ketiga-tiga hotel tersebut (Sheraton, Shangri-La dan Kempinski) juga turut melanggar peraturan standard proses-proses pembersihan bilik-bilik tetamu.

Petugas-petugas kebersihan di Shangri-La dan Kempinski tersebut didapati mencuci cawan yang diletakkan di dalam bilik hotel menggunakan berus tandas selain turut menggunakan tuala yang disediakan untuk tetamu untuk membersihkan lantai bilik hotel.

Manakala seorang petugas kebersihan di Hotel Sheraton didapati menggunakan berus yang tandas yang sama untuk singki dan mangkuk tandas.

Dalam pada itu, laporan yang sama juga turut menyebut bahawa petugas-petugas kebersihan di ketiga-tiga buah hotel tersebut ada membuat aduan mengenai beban kerja mereka.

Rakaman perbuatan tidak bertanggungjawab petugas kebersihan tersebut diambil menggunakan kamera tersembunyi oleh wartawan Pear Video yang bekerja di hotel-hotel tersebut sebagai pelatih.

Harga bilik di ketiga-tiga hotel mewah  adalah bermula dari 700 hingga 2,700 Yuan ( RM 435 hingga RM 1,679 ) semalam.

Setelah pemeriksaan bersama dijalankan, pihak berkuasa tempatan telah mengesahkan kesahihan laporan tersebut dan mengarahkan pengurusan hotel terlibat untuk menangani masalah tersebut.

Laporan yang sama juga mendakwa bahawa ketiga-tiga hotel mewah tersebut turut diarahkan membayar denda, bagaimanapun jumlah denda tidak dinyatakan.

Sementara itu, pihak pengurusan Hotel Kempinski melalui media sosial rasmi mereka telah menyatakan kekesalan mengenai insiden tersebut selain memberitahu bahawa langka-langkah sepatutnya akan di ambil bagi menghalang peristiwa yang sama berulang.

Manakala pihak pengurusan Hotel Shangri-La pula mengesahkan mereka sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara tersebut.

''Jika rakaman video tersebut terbukti benar, ia adalah satu pencabulan serius terhadap piawaian kebersihan kami dan ia tidak boleh diterima,'' dalam kenyataan yang sama selain turut memberitahu bahawa mereka kini akan memantau aktiviti pekerja dan latihan mereka.

''Dalam masa yang sama, kami akan menjalin kerjasama bersama kerajaan tempatan untuk memastikan semua langkah penjagaan kebersihan yang betul dapat dilaksanakan,'' kata kenyataan itu lagi.

Hotel Sheraton sehinggi kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.




Sumber : South China Morning Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, 4man dan terpercay4

    BalasPadam
  3. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  5. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli