Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) ''Awas, Dadah Baru Dibungkus Macam Gula-Gula Kini Sudah Ada Dalam Pasaran Negara'' - AADK Hilir Perak

Ditulis oleh Eddy Hassan, 26 Dis 2017
5 ulasan

Dadah New Psychoactive Substances (NPS) bukanlah dadah baru sebaliknya sudah lama wujud di pasaran terutamanya di negara Eropah. Tetapi di Malaysia, NPS adalah dadah terkini yang muncul dalam pasaran tempatan.

Menurut DrugWise yang berpangkalan di United Kingdom, NPS adalah campuran baru yang mampu untuk memberi kesan yang serupa kepada pengguna seperti pengambilan dadah berbahaya contohnya kanabis, kokain dan pil ektasi.

Namun apa yang membimbangkan adalah cara ia dipasarkan dengan teknik pembukusan yang menarik dan kelihatan seperti gula-gula.


Terkini seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hilir Perak, dadah ini sudah pun dikesan berada di dalam negara dan dijual di pusat-pusat hiburan terutama di sekitar ibu negara.

Menurut AADK Hilir Perak lagi, sebelum ini dadah tersebut terlebih dahulu memasuki pasaran negara jiran. Malah, dadah NPS ini juga dikatakan memberi kesan yang amat memudaratkan kepada pengguna.

Malah, ada beberapa rakaman video yang tular sebelum ini yang mendakwa bahawa pengambilan dadah NPS membuatkan seseorang itu bertindak seperi zombie.

Di beberapa negara, dadah NPS dijual di dengan pembukusan yang menarik seperti gula-gula dengan pelbagai jenama. Pembungkusannya seperti gula-gula dikhuatiri boleh memperdaya kanak-kanak yang membelinya.


AADK Hilir Perah turut menasihati ibu bapa agar mengawal pergerakkan anak-anak supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada dadah jenis baru ini.

Justeru, diharapkan pihak berkuasa mampu mengawal kemasukkan dadah ini kedalam pasaran negara dengan segera bagi mengelakkan ia memberi masalah yang lebih parah berkaitan penggunaan dadah dalam kalangan penduduk Malaysia.







Sumber : AADK Hilir Perak
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la sepak terpercaye di 1ndonesie
    buruan regis..

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  5. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "