Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

The Speedy Jantan Kecewa Digugurkan Dari Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan

3 ulasan

Khairul Hafiz Jantan yang merupakan raja pecut Asia Tenggara bingung dengan keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang 'menggugurkannya' daripada beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 di Birmingham, England dari 1 hingga 4 Mac depan.

Pelari yang digelar The Speedy Jantan ini mengakui tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dan masih menaruh harapan untuk bersaing dalam kejohanan yang berprestij itu.

“Bukan tak mahu pergi tapi saya sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Saya tidak tahu sama ada ia keputusan jurulatih atau keputusan KOM.

“Saya akui agak kecewa sebab sudah lakukan persiapan. Lagipun pelari pecut macam saya pun perlu beraksi untuk acara 60 meter (m).

“Mungkin bukan rezeki saya tapi saya tidak boleh berputus asa,” ujar Khairul Hafiz yang memenangi pingat emas acara pecut 100m lelaki di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lalu dengan catatan masa 10.38 saat.

Kelmarin Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim mengumumkan jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail akan mewakili negara di Birmingham.

Jelas Karim yang juga Ahli Majlis Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) , keputusan menghantar Muhammad Hakimi dibuat selepas jurulatih Khairul Hafiz tidak memberikan kata putus sehingga tarikh tutup pendaftaran 1 Disember lalu.

Menurut laporan media, Mohd Poad Md Kassim menjelaskan bahawa anak didiknya itu tidak disenaraikan ke Birmingham kerana akan menyertai Kejohanan Pra Sukan Asia 2018 yang bakal berlansung Februari depan di Indonesia.

Bagaimanapun, Karim menegaskan penyertaan Muhammad Hakimi melalui tiket ‘wildcard’ akan terbatal sekiranya terdapat atlet Malaysia yang layak secara merit ke kejohanan itu sebelum tarikh tutup 19 Februari ini.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dapatkan Bonus Menarik Setiap Harinya di Liburpoker
    • PROMO BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 25%
    • PROMO BONUS HARIAN 10%

    BalasPadam
  2. Dapatkan Bonus Menarik Setiap Harinya di Liburpoker
    • PROMO BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 25%
    • PROMO BONUS HARIAN 10%

    BalasPadam
  3. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli