Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ada Tayar Nampak Bunganya Masih Penuh Tapi Sebenarnya Sudah Botak,'' 5 Cara Kenal Pasti Tayar Yang Rosak

2 ulasan

26 Dis - Keadaan tayar kereta adalah salah satu perkara yang wajib diambil perhatian untuk semua pemilik kenderaan. Tayar kereta yang sudah botak boleh menyebabkan punca kemalangan di jalan raya.

Sesetengah pemandu sering mengabaikan kondisi kemepat-empat tayar kereta yang kadang-kala digunakan sehingga terkeluar bebenang tayar.

Perkara ini harus diambil pendekatan yang serius oleh pemandu bagi menjamin keselamatan ketika berada di jalan raya.

Gambar Hiasan
Penguatkuasa juga perlu mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap mana-mana kenderaan yang tayarnya tidak diselenggara dengan baik dan mengikut jadual.

Namun, ada juga yang kurang pengetahuan bagaimana ingin mengenal pasti bahawa tayar tersebut sudah botak dan tidak lagi selamat untuk digunakan.

Seorang pengguna Facebook, Akmal Amri telah memuat naik beberapa keping gambar ke laman Facebook beliau dan menjelaskan cara-cara untuk mengenal pasti keadaan tayar yang sudah botak.

Perkongsian seperti ini sangat berguna untuk kita sebagai pemilik kereta untuk memastikan kondisi kereta selamat untuk dibawa. Jom ikuti perkongsian ringkas beliau tentang mengenal pasti tayar yang botak.

CARA MENGENAL TAYAR BOTAK

Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.

Salah sebenarnya tu.

Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.

Apa maksud tayar botak?

Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.

Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu

Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu. 





1. Tayar botak. Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.


2. Tayar botak. Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi. 



3. Tayar belum botak, mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar.



4. Tayar hampir botak. Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul. Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.


5. Tayar baharu. Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.

Semoga bermanfaat

Sumber: Akmal Amri
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la sepak terpercaye di 1ndonesie
    buruan regis..

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli