Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Takpelah Ibu, Biarlah Kakak Mati," Kata-Kata Kakak Buat Hati Ibu Dan Ayah 'Menangis'

4 ulasan

"Takpelah ibu, biarlah kakak mati,'' kata Farah Natasya Hira Mohd Nizam, 13.

Tatkala mendengar luahan meruntun jiwa itu, hati sesiapa pun pasti menjadi sayu. Apatah lagi jika yang mendengar adalah ibu dan ayahnya sendiri, Nor Farizan Mokhtar, 40, dan Mohd Nizam Razali, 42.

Anak ketiga dari lima beradik itu menghidapi penyakit buah pinggang kronik sejak berusia dua bulan lagi. Namun, keadaan bertambah genting apabila seluruh anggota badannya mula membengkok sejak dua tahun lalu.

Ujar ibunya, jika dulu anaknya itu kelihatan tabah menghadapi dugaan hidup dan proses rawatan, namun kebelakangan ini dia sering mengadu mengalami sesak nafas.

“Jika dulu kadang-kadang saya terlalu sedih dan tak kuat hadapi ujian ini, dialah yang tenangkan saya dengan kata-kata  yang dia akan selamat.

“Tapi sekarang, dia dah tak macam dulu. Baru-baru ini dia beritahu saya ‘takpelah ibu, biarlah kakak mati’ sebab dah tak tahan lagi nak lalui proses rawatan,”katanya.

Namun, tiada apa yang lebih memilukan berbanding terpaksa menerima hakikat setelah doktor memberitahu anak mereka itu sudah tiada harapan lagi untuk sembuh.

Bagi Norfarizan dan suaminya, mereka reda dan berserah kepada apa sahaja ketentuan Illahi selepas 13 tahun berusaha dengan pelbagai cara rawatan buat anak mereka itu.

Malah, mereka turut mengeluarkan perbelanjaan mencecah ribuan ringgit hingga terpaksa membuat pinjaman bank bagi menampung kos rawatan Farah Natasya Hira, termasuklah menyediakan bilik rawatan khas di rumah mereka di Taman Tuanku Ja'afar, Senawang di Seremban, Negeri Sembilan.

Kata Mohd Nizam pula, dia membelanjakan kira-kira RM 2,000 sebulan untuk kos dialisis dan membeli susu khas untuk anaknya itu.

Ujarnya yang bekerja sebagai pembantu hospital, kos bulanan tersebut sememangnya berat untuk ditanggung memandangkan turut mempunyai tanggungan tiga lagi anak yang masih bersekolah biarpun isterinya turut bekerja sebagai pembantu di pra-sekolah.

“Dia perlu buat dialisis tiga kali seminggu di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dan sekarang terpaksa jalani kehidupan sepenuhnya di atas kerusi roda.

“Tak pernah terlintas di fikiran saya nak hebahkan derita ditanggung. Tapi saya perlukan bantuan untuk tampung kos perubatan anak, atau sekurangnya kos bantuan beli susu khas dianggarkan RM400 sebulan. Setidaknya ia dapat membantu meringankan beban kami,” katanya yang turut menerima bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi mana-mana pihak yang berhajat menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan ke akaun Mohd Nizam Razali di 0510-0410- 0005-581 (BSN) atau 1550- 1401-4639 (Maybank).

Sumber : SH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu
    minimal depo/wd hanya 50rb (F4ns Bett1ng)

    BalasPadam
  2. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di www.fanspoker.com
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. dengan minimal deposit 10.000 segera dicoba keberuntungannya bersama kami
    dan menangkan uang hingga jutaan rupiah bersama dewapk**
    dengan pin bb D87604A1 ditunggu ya ^^

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli