Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Tak Tahu Bila Dia Akan Jemu Dan Menyesal Urus Aku'', Lelaki Kongsi Pengorbanan Isterinya Yang Sanggup Korbankan Kerjaya Demi Keluarga

2 ulasan

Korang yang dah kahwin terutamanya lelaki mesti hidup jadi lebih teratur kan. Yelah kalau sebelum ni hidup bujang, makan tak tentu. Bila dah kahwin, ada isteri yang masak dan sediakan. Kalau masa bujang rumah nak kemas seminggu sekali pun susah, bila dah kahwin ada isteri yang tolong uruskan setiap hari. Dan macam-macam lagi la.

Tapi pernah tak korang terfikir, berapa banyak yang isteri korang korbankan kepentingan diri sendiri semata-mata nak penuhkan keperluan korang dan anak-anak lagi. Tolak ketepi kejap soal itu tanggungjawab sebagai seorang isteri, pernah tak korang ucap terima kasih untuk semua yang dia lakukan untuk korang selama ini?

Macam kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini yang dikenali sebagai Mizan Dzai mengenai kisah pengorbanan isterinya dalam menguruskan kehidupan mereka sekeluarga. Nak tahu kisahnya? Jom, kami bawakan kisahnya untuk anda di bawah.

Aku tak pernah nak gosok baju sendiri, cari stokin dan seluar dalam sendiri. Aku kalau mencari benda-benda ni, mesti tak jumpa, kalau jumpa pun mesti bukan sepasang. Buat sakit hati aku je beria nak cari bagai.

Selalunya setiap pagi El akan tanya aku.

“D, which one you nak pakai hari ni?” Sambil dia tunjuk kemeja-kemeja dan seluar untuk aku.

Dan macam biasa, dia bagi soalan, tak sempat aku sahut tapi dia sendiri yang decide. 

As usual lah D, tunggu you pilih i yang pening. Kalah perempuan”. 

Aku gelak je tengok gelagat buah hati aku, sambil mata Farrel dengan Aldric tak lepas mengekor mommy dia orang berlari kecil naik tangga.

Farrel sambung main atau tengok tv, Aldric pandang aku lepas tu mencebik.

Macam biasa, aku jerit panggil El.

Mommy, Aldric ingat you tinggal dia. Air mata dah meleleh ni!”

El sambung jerit kat atas You peganglah dia kejap, dengan anak sendiri pun nak takut”.

Aku bukan takut, masalah Aldric ni menangis bila mommy dia tinggal macam aku piat telinga sampai nak putus gayanya. Farrel anak daddy, melekat je sampai nak pergi kerja pun menangis beria nak ikut aku pergi kerja.

Settle El gosok baju, aku mandi siap-siap nak pergi kerja.

Mommy, mana stokin dengan spender i?”

El sahut “Ada atas katil sekali dengan belt you D”.

Mommy mana kunci kereta i?”

El jawab “Ada dalam poket seluar, i dah letak siap-siap kang Farrel masuk mulut lagi”.

Sebab bila ada hero 2 orang dalam rumah ni, kita perlu lebih laju dari pergerakkan dia orang. Dikhuatiri nanti buat x-tray jumpa syiling atau kunci kereta dalam perut.

Mommy mana wallet i atas bar table dapur ni?”

El tanpa jemu, dialog yang sama setiap hari selama hampir 3 tahun perkahwinan kami, aku masih bertanya soalan yang sama tapi El tetap melayan. Kalau ada tempat yang berubah pun, bukan lah setiap hari.

“Dalam briefcase you, nanti you tertinggal dalam handbag i lagi”.

Sebab selalu kalau balik kerja petang, aku suka bawa El dengan budak-budak pusing pergi Speedmart, pusing-pusing singgah mamak.

Kesian duduk rumah, dia nak keluar sendiri aku memang tak bagi kecuali dengan driver, kalau aku tak pakai.


Aku tak tahu bila dia akan jemu, bila dia akan rasa aku ni hanya menyusahkan sebab kena uruskan semua pasal aku. El sentiasa sediakan semua hal aku termasuk budget perbelanjaan dan kewangan keluarga.

Aku percaya dia seperti mana dia percaya janji aku yang akan menjaga dia sepenuh hati dengan bertarung nyawa melahirkan anak-anak aku.

Aku tengok dia contraction, aku tengok dia meneran, aku tengok dia dikoyakkan supaya mudah anak aku keluar melihat dunia.

Aku dah tak dapat rasa dia genggam tangan aku sekuat masa bercinta sebelum ada Farrel dengan Aldric dulu. Dah tak sama, langsung tak sama.

Hal dia sendiri dia selalu lupa mungkin sebab kesan bersalin tapi hal aku, secebis kuman pun dia tak pernah lupa!

Dulu aku cintakan kelebihan dia, aku sayangkan kelemahan dia tapi sekarang aku cintakan segala kelebihan dan kelemahan dia, segalanya.

Dia berkorban segalanya untuk aku. Dia korbankan paras rupa dia untuk menjadi “Hamba Abadi” aku, dia korbankan tubuh badan yang cantik demi zuriat dan pewaris-pewaris aku.

Apatah lagi dia korbankan kerjaya di bank dan usia seawal 23 tahun dulu untuk berkahwin dengan aku yang dia baru kenal 2-3 bulan?

Apa lagi yang aku tak reti bersyukur?

Apa lagi pengorbanan dia yang aku nak nafikan?

Dia dah tak ada kawan rapat macam dulu sebab 3 hero dia di rumah lah yang jadi BFF dia, yang jadi peneman tawa dan tangis dia.

Dulu masa baru kahwin El selalu nangis sebab aku tegas, lagi-lagi bila gosok baju kemeja dengan seluar aku. Pantang betul aku bila ada bahagian kat pakaian aku yang renyuk atau tak licin.

Lagi-lagi bila kolar baju aku El turunkan dulu sebelum aku pakai sebab nanti kolar tu macam patah, jadi lembik. Biar kolar naik dulu sebab nanti masa aku nak pakai baru aku turunkan.

Kalau turunkan kolar sehari sebelum, lagi lah aku pantang! Tak nampak tajam dan tak tegak macam baru gosok. Siap aku belikan iron board yang tinggi dan tebal alasnya, steamer punya iron pun ada sekali untuk sut dan baju korporat aku.

Itu baru pasal baju.

Aku pantang betul kalau basuh baju aku tak bersih. Paling pantang kalau aku terpaksa tunggu El bersiap. Aku tak suka menunggu dan aku tak suka orang tunggu aku.

Aku pernah tengking dia sebab kacau waktu kerja aku. Aku herdik dia sebab kacau hal kerja aku, kacau waktu appointment dengan client-client aku.

Tapi aku belajar banyak perkara dalam perkahwinan.

Bila aku tengok baju yang tak selicin aku hantar dobi, aku senyum sendiri. Aku bukan berkahwin dengan owner kedai dobi. Aku bukan kahwin dengan orang suruhan atau orang gaji.

Sebenarnya aku nak dia yang uruskan sebab aku nak rasa sentuhan El bila aku keluar cari nafkah. Aku nak orang pandang aku berpakaian kemas sebab isteri aku yang jaga penampilan aku.

Bila aku tengok kawan-kawan ada skandal, bercakap tentang lelaki mampu bernikah lagi, aku suka perhati.

Dalam hati aku, kau rasa minah yang kau usung kehulu kehilir ni boleh ke jaga anak-anak kau, boleh ke sediakan makan pakai kau, boleh ke bertahan dengan kau seperti minah yang kau bodoh-bodohkan kat rumah tu?

Kalau mampu dengan tidak membanding-bandingkan, nikahlah. Terpulang, tak salah pun tapi aku ada pendapat aku sendiri.

Bagi aku, kalau kita cari kelemahan isteri, mesti kita akan jumpa tapi kenapa aku tak pandang kelebihan-kelebihan isteri yang terang-terangan cukup sempurna dalam membahagiakan rumahtangga kami?

Kalau dia tengok kelemahan aku, 10 kali lebih banyak dari dia yang berkorban demi menjadi isteri yang terbaik buat aku.

Bila aku ingat balik waktu baru kahwin dulu, mesti aku gelak sendiri sebab dia terkejar-kejar untuk menjadi seorang isteri sedangkan waktu tu dia tinggalkan semua kehidupan, kerjaya dia termasuklah orang tua.

Dia sentiasa cuba menjadi yang terbaik supaya aku tahu, takkan ada wanita diluar sana setanding dengannya. Aku nampak, aku perasan.

Sekarang, El cukup cekap terutama dalam mengenyangkan perut aku. Siapa pernah datang rumah aku tahu lah rasa masakan dia.

Sap sap soi makanan terhidang.

Sap sap soi anak-anak dah mandi.

Sap sap soi barang-barang aku siap.

Sap sap soi rumah bersih wangi dan teratur.

Aku bukan nak memuji isteri aku sendiri walaupun aku tengah puji tapi aku berkongsi yang dalam rumahtangga ni, kita tak perlu menjadi atau mencari yang sempurna.

Kita cuma perlu melengkapi satu sama lain.

Kita akan belajar bermacam perkara setiap hari.

Apa yang kita nak bandingkan penat lelah kita cari duit, bina perniagaan, bina kerjaya, uruskan pekerja atau lain-lain perkara dengan kerja isteri di rumah?

Dari sebelum Subuh isteri kita bersilat sampailah sebelum Subuh balik. Itu belum lagi dia orang bangun setiap 1-2 jam sebab susukan anak-anak.

Kekadang masa buang air besar pun sambil dukung anak. Kau gelak. Kita bukan tak tahu tapi kita saja buat-buat terlepas pandang.

Bila last isteri kita demam? Nak demam pun tak jadi sebab dia orang fikir, siapa nak urus suami dan anak-anak kalau demam?

24/7 NON STOP. 

Kita, ada lagi masa melepak, ada lagi masa layan hobby, main golf, main kereta, pergi urut, pergi karaoke dan enjoy tanpa pengetahuan isteri, siap kelentong member kat rumah tu menunggu penuh setia macam orang bodoh.

Itu ke yang kita nak banggakan dan ajar pada anak-anak lelaki kita bila dia orang kahwin esok?

Sebenarnya suami yang bertanggungjawab penuh pada rumahtangga dan keluarga. Seni serta coraknya pada suami dan bapa, warna serta kelembutannya pada isteri dan ibu.

Anak-anak yang ada di depan mata itulah hasil dari tugas kita sebagai ibu dan bapa.

Bila kita rasa kita tak bahagia, dalam rumah asik bergaduh dan nak baran je rasa, bukan pasangan atau rumahtangga yang perlu berubah tapi kita.

Kita sebagai ketua keluarga yang perlu berubah dan mengubahnya.

Jauh lagi perjalanan aku dan isteri, terlalu banyak lagi yang perlu aku belajar tapi kalau kita nak pasangan yang baik maka ianya bermula dari kita. Kita nak pasangan yang mendengar kata dan setia, kuncinya ada pada kita.

Semoga bermanfaat, semoga kita mendapat isteri dan anak-anak yang taat.

In shaa Allah.

Sumber : Mizan Dzai

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli