Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Setiap Hari Susah Nak Berjalan Dan Naik Turun Tangga," Akibat Ketagihan, Lelaki Ini Minum 40 Tin Coca-Cola Sehari


16 Dis - Akibat ketagihan terhadap minuman berkarbonat, seorang lelaki dari Britain akan meminum 40 tin Coca-Cola dalam masa satu hari.

Metro UK melaporkan Shane Trench, 21, mengalami masalah berat badan sehingga 203 kilogram akibat meminum hampir 13 liter minuman berkenaan

Ketagihan yang dialami Trench juga menyebabkan badannya menerima 5,250 kalori setiap hari dengan minuman sahaja. Tidak dicampur dengan kalori makanan yang dimakan.

"Setiap hari sukar untuk saya melakukan perkara asas seperti berjalan naik atau turun tangga," kata Trench berkenaan ketagihannya.


Beliau telah diberi amaran oleh doktor yang dia berisiko untuk mati jika dia tidak mampu untuk mengawal ketagihan tersebut.

"Saya terpaksa tinggalkan Coca-Cola dan tukar kepada Coke Zero," katanya.

Selepas bertukar kepada Coke Zero dia berjaya mengurangkan hampir 69 kilogram berat badannya. Bagaimanapun, perubahan yang dilakukan disusuli dengan kesan sampingan.

"Badan saya bertindak balas dengan teruk akibat penurunan gula mendadak dan saya mula rasa penat dan cepat marah. Tetapi ianya berbaloi dan saya tidak pandang kebelakang lagi," ujar Trench.


Trench yang kini mempunyai berat badan 127 kilogram berazam untuk mengurangkan 25 kilogram lagi untuk mencapai berat badan idealnya.

Kata Trench, dia mahu memberikan inspirasi kepada mereka yang berada di situasi sama. Tak pernah terlambat untuk mendapatkan pertolongan dan tak perlu rasa malu untuk masuk kelab menguruskan badan.

"Secara peribadinya saya rasa ia adalah cara paling efektif untuk kurangkan berat badan kerana anda menjadi sebahagian dari komuniti yang disokong oleh ramai orang," kata Trench positif.

Sumber: Metro UK
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercaya

    BalasPadam
  2. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  5. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli