Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Dilayan Seperti Hantu,'' Sudah Disemadikan 7 Bulan Yang Lalu, Keluarga Terkejut Lelaki Ini Muncul Di Muka Pintu Rumah

Ditulis oleh seventeen century, 29 Dis 2017

29 Dis - Sebuah keluarga di Thailand terkejut apabila seorang dari ahli keluarga mereka yang telah disemadikan beberapa bulan lalu berada di bawah pintu rumah.

Sakorn Sacheewa, 44, dari Wilayah Si Ka Ket di Thailand, pulang ke rumah selepas dua tahun bekerja di sebuah bot nelayan, di bahagian lain di negaranya.

Dia tidak pernah menghubungi keluarganya sepanjang tempoh itu, jadi dia tidak mengharapkan kepulangannya diraikan oleh keluarga.

Bagaimanpun, dia juga tidak pernah terlintas akan dilayan sebagai 'hantu' sebaik sahaja dia pulang.


Namun, begitulah cara keluarganya bertindak balas ketika dia berjalan di pintu pada 17 Disember lalu dengan ahli keluarganya menyentuh dan memegangnya untuk memastikan dia adalah manusia.

Sacheewa kemudiannya mendapat tahu bahawa bagi mereka dia telah mati tujuh bulan lalu.

Pada Mei, keluarga Sacheewa telah dihubungi oleh polis di Nang Leong, tempat di mana dia bekerja yang memberitahu bahawa ahli keluarga mereka itu telah meninggal dunia akibat gangguan pencernaan.

Mereka telah pergi ke daerah Phra Nakhon, Bangkok di mana mereka menerima sijil kematian dan kemudian mengambil mayat dari sebuah hospital di sana.

Keadaan mayat yang bengkak yang ditunjukkan kepada mereka sekeluarga, menyebabkan mereka sukar untuk dikenal pasti. Malah, sepupu Sacheewa, Nakornchai Pimklang, 33, menyedari bahawa gigi mayat itu tidak sepadan dengan dirinya yang tidak mempunyai dua gigi depan.


Sepupunya itu telah memberitahu seorang pegawai disitu, tetapi mereka tetap diarahkan untuk membawa pulang mayat tersebut.

Mereka tidak membantah perkara itu lalu mebawanya pulang dan membuat upacara keagamaan selama 3 hari sebelum membakarnya.

Sementara itu, Sacheewa masih lagi hidup dan berada dalam keadaan baik. Dia juga masih bekerja di Nang Leong, sama seperti yang telah dilakukannya dua tahun lalu.

Beberapa minggu lalu, dia memutuskan untuk berhenti kerja dan tidak menyangka kepulangannya itu mengejutkan ahli keluarganya.

Selepas mendengar kisah kematiannya, Sacheewa berkata, pada satu ketika seorang rakan sekerjanya telah mencuri kad pengenalannya dan menghilangkan diri. Tetapi dia melaporkannya sebagai satu kehilangan biasa dan telah pun diberi kad pengenalan yang baharu.


Dia tidak pernah membayangkan bahawa seseorang akan menggunakan kadnya untuk menyamar menjadi dirinya.

Kebimbangan utama Sacheewa sekarang ialah untuk mendapatkan pengesahan semula daripada Biro Pentadbiran Pendaftaran yang menyatakan dia secara rasmi telah mati tujuh bulan yang lalu, berdasarkan sijil kematiannya.

Polis kini perlu menyiasat untuk mengetahui mayat siapa yang disemadikan tujuh bulan lalu. Mereka berharap dapat mengetahuinya dengan cara menganalisis tulang yang tersisa daripada pembakaran mayat.

Sumber: Bangkok Pos
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  4. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di www.fanspoker.com
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  5. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "