Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saintis Berjaya Cipta Pelekat Badan Bagi Pesakit Diabetes, Kemungkinan Bakal Ganti Suntikan Insulin Yang Menyakitkan

Ditulis oleh seventeen century, 29 Dis 2017

29 Dis - Berjuta pesakit diabetes di dunia ketika ini masih lagi menggunakan suntikan insulin bagi mengimbangi tahap gula dalam badan kerana pesakit diabetes tidak menghasilkan insulin dalam badan.

Sekumpulan saintis telah mencipta satu inovasi dalam rawatan penyakit diabetes iaitu pelekat bebas sakit yang hanya perlu digunakan seminggu sekali sahaja. Pelekat ini mampu menghasilkan insulin dalam badan dan mengawal tahap gula dalam badan.

Formula rawatan bio-kimia ini berasaskan bahan semula jadi, ia diekstrakkan daripada algae perang dan dicampur dengan agen teraputik melalui jarum mikro boleh larut.

Pelekat ini juga dicipta untuk mebebaskan bahan aktif apabila diperlukan dan untuk memperlahankan atau menghentikan apabila tahan glukos sudah stabil di dalam badan.

Suntikan Insulin
Pengkaji dari Amerika Syarikat (AS) mengatakan keberkesanan rawatan ini telah terbukti berkesan selepas ujian dilakukan kepada tikus putih.

Diabetes telah menyerang manusia berdekad lamanya. Penyakit ini juga telah memberi kesan yang buruk kepada lebih 371 juta orang di seluruh dunia berdasarkan International Diabetes Federation (IDF).

Dr Richard Leapman, Pengarah Saintis National Institute of Biomedical Imaging and Bioengineering (NIBIB) berkata, "eksperimen ini akan memberi kesan dan membuktikan pesakit diabetes jenis 2 masih boleh menghasilkan sedikit insulin."

Penggunaan pelekat jarum mikro akan mengurangkan kerumitan dan kesakitan kepada pesakit berbanding suntikan insulin biasa.


Bagaiamana Ia Berkesan.
Insulin dalam hormon dibuat oleh pankreas yang membenarkan badan menggunakan gula daripada karbohidrat yang datangnya dari makanan yang anda makan.

Secara rahsianya, ia akan menggerakkan glukos dari aliran darah kepada sel dimana gula akan ditukar kepada tenaga.

Walaubagaimanapun, dalam diabetes jenis 2, kebolehan badan untuk membuat atau menggunakan insulin akan terjejas secara progresif.


Ramai pesakit memerlukan terapi insulin, kebiasaanya melalui suntikan. Namun, menurut pengkaji, terapi insulin tidak berkesan dengan baik bagi sesetengah kes pesakit.

Formula ini mengandungi 2 bahan, Exendine-4 dan glukos oksida yang bertindak dengan darah kepada pencetus rembesan insulin.

Exendin-4 adalah serupa dalam genetik kepada molekul yang dihasilkan oleh badan secara semula jadi dan dirembeskan dalam usus untuk respon kepada makanan.


Teknologi 'Smart-Release'

Meningkatkan tahap glukos dan membebaskan exedin-4, tetapi exendin-4 kemudiannya akan mendapat insulin untuk mengurangkan tahap glukos yang mana memperlahankan dan menghentikan pembebasan exedin-4.

"Oleh sebab itu juga, ia dipanggil responsif atau mudah membebaskan," kata penyelidik Dr Xiaoyuan Chen.

Pengkaji mendapati setengah daripada setiap inci persegi mengandungi ubat yang mencukupi untuk mengawal tahap gula dalam darah dan tikus putih untuk seminggu. Kajian menyeluruh diperlukan untuk memastikan saiz pelekat sebenar untuk manusia gunakan.

Pengkaji juga bersaing dengan pasaran pengkaji ubat yang padat dan juga pemaju yang mempunyai idea serupa untuk menyediakan rawatan jangka masa panjang untuk pesakit diabetes.

"Diabetes adalah penyakit yang serius dan telah memberikan kesan kepada ramai orang," kata Dr Chen

Tambah Dr Chen lagi, semua pesakit mencari formula yang boleh bertindak dalam jangka masa yang panjang.


Sumber: Daily Mail 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  4. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di www.fanspoker.com
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  5. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "