Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Polis Sahkan Nombor Plat Kereta Suspek Adalah Palsu," - Datuk Khalil

3 ulasan


18 Dis - polis kini sedang giat mengesan empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes 'pembunuhan BMW' yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd pada masa sama menafikan kenyataan tular di media sosial kononnya suspek telah berjaya diberkas.

Menurut Mohd Khalil, siasatan awal polis mendapati kenderaan yang dipandu suspek menggunakan nombor plat kenderaan palsu.


"Buat masa ini memang belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kita sedang dalam proses kenal pasti suspek," katanya lagi.

"Manakala bagi kenderaan BMW yang digunakan, pemilik kenderaan telah kita jumpa dan kita boleh sahkan ia menggunakan nombor plat palsu," ujarnya

Pemilik kenderaan asal dengan kereta serta nombor plat yang sama berada di Ipoh sewaktu kejadian, Lapor Astro Awani.

Semalam, seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Taman pelangi Johor Bahru.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya, sedang mengisi angin tayar kenderaan mereka di stesen minyak berkenaan.

Kesemua suspek yang menaiki kenderaan mewah BMW secara tiba-tiba datang dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka hingga berlaku pergelutan sebelum mangsa berjaya meloloskan diri.
Suspek kemudiannya bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali sebelum mengundur dan melarikan diri.

Mangsa berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber: Awani
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli