Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perjumpaan Planet Baharu Kepler-90i, Adakah Bukti Kita Tidak Bersendirian Di Alam Ini?

Ditulis oleh Maszuhaira, 28 Dis 2017
5 ulasan

Dalam tahun ini saja sudah dua planet yang dijumpai pakar astrologi di angkasa lepas. Pada awal tahun ini, pakar astrologi telah mengumumkan mereka telah menemui planet baru ketujuh dan baru-baru ini mereka telah berjaya mengesan planet baru menjadikan jumlah terkini kepada lapan.

Sebelum ini terdapat beberapa anggapan bahawa kita sebenarnya bersendirian di dalam alam semesta yang telah dicipta oleh tuhan ini. Namun pasti ramai yang tidak percaya jika ada yang menyatakan bahawa kita sebenarnya tidak bersendirian di alam semesta ini.

Ikuti perkongsian dari The Patriots mengenai bukti-bukti yang kita sebenarnya tidak bersendirian di alam ini. Berkemungkinan makhluk asing atau hidupan lain wujud di alam ini.


Untuk beberapa dekad selama ini, ramai orang termasuk saintis berpandangan kita sebenarnya bersendirian dalam alam semesta ciptaan Tuhan ini. Jika ada yang cuba membangkang atau membahaskan idea bahawa kita tidak bersendirian ini, siaplah label mengarut atau gila ke atas mana-mana individu ini. Tetapi pada 14 Disember lepas, teleskop angkasa lepas Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) Google berjaya menemui planet baru dalam sistem Kepler iaitu Kepler-90i, sekaligus bilangannya menyamai bilangan planet dalam sistem solar kita. Penemuan planet baru ini memberi harapan kepada para saintis untuk mencari bukti makhluk asing atau hidupan yang wujud dalam alam semesta ini.

Planet-planet yang lebih kecil berputar hampir dengan bintang Kepler sementara planet-planet yang lebih besar berputar lebih jauh dari bintang tersebut. Dan menurut NASA, penemuan planet kelapan dalam sistem Kepler ini menunjukkan sistem-sistem bintang yang jauh ini mempunyai planet-planet dan menjadi tempat tinggal kepada hidupan asing di luar sana. Namun perlu diingat, semua planet dalam sistem tersebut tidak semestinya boleh menampung kehidupan. Contoh paling mudah, planet kelapan dalam sistem Kepler yang baru ditemui iaitu Kepler-90i.

Menurut Andrew Vanderburg, seorang ahli astronomi dari Universiti of Texas, Kepler-90i 30% lebih besar dari saiz planet Bumi dan mempunyai permukaan berbatu serta mengelilingi Kepler setiap 14.4 hari. Purata suhu Kepler-90i ialah 426 darjah Celsius atau 800 darjah Fahrenheit, sama panas dengan planet Utarid. Begitu juga dengan planet-planet lain dalam sistem Kepler 90 di mana ia amat hampir dengan bintang tersebut berbanding Bumi dengan matahari kita. Hanya Utarid dan Zuhrah saja yang paling hampir mengelilingi matahari.

Sebelum penemuan planet Kepler-90i, sistem Kepler 90 seri dengan sistem Trappist-1 dari segi bilangan planet iaitu tujuh buah planet selepas ditemui pada tahun 2013. Namun dengan bantuan algoritma kecerdasan buatan Google, sistem Kepler 90 kini seri dengan sistem solar kita dari segi bilangan planet. AI Google mengukur cahaya dari bintang-bintang yang jauh untuk mengenalpasti tanda-tanda sebuah planet dan selepas melihat dan menapis semua isyarat, ia dapat mengesan planet Kepler-90i yang terlepas dari pemerhatian sebelumnya.

Menurut Vanderburg, proses ini diibaratkan seperti menapis batu-batu untuk mendapat berlian. Dan dengan penapis yang lebih halus, mereka boleh saja menyingkirkan mana-mana petunjuk palsu berkenaan planet-planet tetapi juga meningkatkan peluang menemui planet-planet baru.

Selain Kepler-90i, teleskop Kepler turut menemui satu lagi planet baru yang dipanggil Kepler-80g, planet keenam dalam rangkaian planet yang mengelilingi Kepler. Planet ini menyamai saiz Bumi dan empat planet yang berjiran dengannya membentuk rantaian gema yang membawa kepada laluan orbit yang membantu menstabilkan sistem tersebut. Sistem Kepler turut mempunyai satu lagi planet yang mempunyai saiz sama seperti planet Musytari iaitu Kepler-90h.

Sejak tahun 2014, Kepler sudah menemui beribu-ribu planet di luar galaksi Bima Sakti kita dengan 30 daripadanya mempunyai saiz kurang daripada dua kali ganda saiz Bumi dan berputar pada jarak di mana ia boleh menampung kehidupan dari bintang-bintang mereka. Pada November 2013, ahli-ahli astronomi menganggarkan terdapat 40 bilion planet yang ada permukaan berbatu dan bersaiz seperti Bumi berdasarkan data yang diperoleh dari misi Kepler, 11 bilion daripadanya berputar mengelilingi bintang seperti matahari kita. Pada musim panas tahun ini juga, saintis-saintis NASA menyatakan mereka menemui 197 calon planet, 104 daripadanya disahkan sebagai planet menerusi misi Kepler. Kebanyakan planet ini mempunyai diameter antara 20% hingga 50% lebih besar daripada Bumi mengelilingi bintang kerdil M K2-72 yang ditemui 181 tahun cahaya dari matahari. Atas sebab itu, para saintis tidak menolak kemungkinan wujudnya hidupan di planet-planet ini dan ia tidak seharusnya diketepikan begitu saja.

Jika anda sangka penemuan ini memberi impak besar kepada dunia astronomi saja, anda salah. Hakikatnya, penemuan Kepler-90i ini juga sebenarnya memberi impak besar kepada pembangunan AI dalam bidang tersebut. Menurut Paul Hertz, ketua Divisyen Astrofizik NASA berpandangan dengan alat atau teknologi yang betul boleh membawa kepada penemuan-penemuan menarik dari data Kepler untuk tahun-tahun mendatang. Sementara Christopher Shallue pula, seorang penyelidik Google melihat pembelajaran mesin atau AI boleh membantu manusia mengira dan menganalisis data yang terlalu banyak, kadangkala agak sukar untuk dilakukan secara bersendirian. Sementara Jessie Dotson, saintis yang berkhidmat di Pusat Kajian Ames NASA melihat AI membuka lembaran baru kepada para saintis untuk menganalisis data dan ini boleh membawa kepada peningkatan kefahaman berkenaan planet-planet mengelilingi bintang-bintang tersebut.

Jika ada yang kata AI akan menyebabkan peranan ahli astronomi dianggap lapuk, jangan risau, senario tersebut tidak akan wujud. Menurut Dotson, saintis masih tetap perlu mengklasifikasikan setiap objek sebelum menyerahkan maklumat tersebut kepada AI. Dari situ, barulah AI boleh mempelajari bagaimana melihat data baru yang diterimanya. Beliau melihat AI sebagai pembantu kepada kerja-kerja ahli astronomi. Ini disokong seorang saintis dari Institut Teknologi Massachuset (MIT), Sara Seager yang menyifatkan ia memerlukan bertahun-tahun bagi AI mempelajari semua data sebelum ia boleh menganalisis dan membuat semakan automatik. Menurut Seager, ahli-ahli astronomi ini juga pasti mahu melihat semua data yang ada kerana tidak mahu tertinggal sebarang maklumat baru walaupun selepas disemak oleh AI. Beliau kini sibuk dengan projek satelit baru NASA iaitu misi TESS di mana ia akan membantu pencarian Kepler dengan memantau 200,000 bintang dengan tujuan mencari planet baru. TESS akan dilancarkan paling awal pada Mac 2018.


Sumber : Mosher, Dave. (2017)Mlot, Stephanie. (2017), Macdonald, Cheyenne. (2017)
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, 4man dan terpercay4

    BalasPadam
  3. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  5. Sila betulkan penggunaan istilah ahli astrologi dan ahli astronomi..

    Astronomi merupakan cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menemukan dan mencerap phenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planet dan bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "