Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pencuri Ferrari Mengemis Duit Untuk Isi Minyak

2 ulasan

Seorang pencui kereta mewah Ferrari 458 Spider berharga $300,000 (RM1.23 juta) diberkas polis selepas dia dipercayai 'mengemis' meminta wang daripada orang ramai untuk mengisi minyak kereta berkenaan.

Suspek, Israel Perez Rangel, 38, ditahan di Santa Ana selepas dia memandu kereta mewah  yang dicuri dari pusat servis di Cosra Mesa, California, ke sebuah stesen minyak dan meminta wang daripada orang ramai untuk membeli minyk, Khamis lalu.

Menerusi Fox News, difahamkan, polis yang dihubungi datang ke stesen minyak terbabit berasa pelik kerana seorang pemandu kereta mewah tidak mampu untuk mengisi minyak hingga terpaksa mengemis.


Menurut jurucakap Jabatan Polis Santa Ana, lelaki tersebut melarikan diri apabila ternampak polis namun berjaya ditahan dalam semak berdekatan sebuah hotel.

“Walaupun sudah membeli minyak, namun dia tidak tahu bagaimana untuk membuka penutup tangki bagi mengisi minyak,” katanya.

Ketika ditemui, kereta mewah tersebut mengalami kerosakan teruk dengan bamper retak, sistem gear rosak dan kesan muntah pada badan kereta.


Kereta itu dilapor dicuri selepas pemiliknya, Susan Friedman, mendapati ia tiada di pusat servis Ferrari & Maserati di Newport Beach, Costa Mesa.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki berjaket Ferrari memandu keluar kereta itu selepas menemui kunci ditinggalkan di atas kerusi. Pekerja pusat servis itu tidak menyedari kereta berkenaan hilang selama 24 jam.

Rangel mempunyai rekod jenayah, termasuk mencuri kenderaan, memilik dadah, melawan ketika ditahan, mencuri di kedai, memiliki senjata bahaya, menyerang dan memandu dengan cara bahaya.

Sumber- Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )


  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli