Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penat Memarahi Anak Yang Tidak Dengar Kata Setiap Masa, 3 Perkara Ini Membantu Anda Menyelesaikan Masalah Tersebut

2 ulasan

Anak-anak yang sukar dengar kata ini sememangnya menguji kesabaran. Ada saja telatah mereka yang akan membuat ibu bapa rasa nak marah dan mengamuk. Tapi apabila dimarah, mereka ini akan buat tidak tahu saja.

Namun, sebagai ibu bapa sebelum memarahi anak, kita perlu tahu cara untuk mengawal mereka. Apa yang perlu dilakukan adalah cuba mendidik mereka tanpa sebarang ugutan. Mari fahami anak kita dahulu.

Menurut Ibu Rose, terdapat tiga perkara yang perlu ibu bapa tahu sebelum bertindak memarahi anak-anak. Mungkin ibu bapa perlu memahami tiga perkara ini dahulu.


1. Memahami Tahap Perkembangan Dan Emosi Anak


Ramai ibu bapa tidak ada pemahaman mengenai tahap perkembangan anak-anak mengikut usia.

Oleh kerana tidak tahu, sebab itu ramai yang cenderung membuat anggapan buruk pada anak dan akhirnya stress.

Contoh: Anak umur dua tahun - anak masih dalam 'Fasa Individuating' atau lebih dikenali sebagai fasa mengamuk.

Apabila kita memahami fasa yang sedang anak lalui, jadi apabila anak sedang mengamuk, kita berikan ruang untuk dia bertenang dahulu.

Kemudian, barulah merapati anak itu. Bila dah bertenang barulah kita bercakap dan memberi arahan.

Cakap dengan tenang, tegas, dan kasih sayang.


2. Kenal Pasti VAK Sistem Anak Anda


Setiap orang belajar dan menerima maklumat dengan cara yang sangat berbeza.

V- Visual
A- Auditory
K- Kinestatic

Contohnya anak faham infomasi melalui audio. Jadi bila sebut panas, dia sudah faham.

Manakala dalam situasi yang sama ada anak yang faham dalam bentuk visual. Jadi apabila ibunya mendemonstrasikan rasa panas, dia boleh faham.

Tapi dalam situasi yang sama ada anak tak faham. Contohnya dengar atau lihat dia tidak faham sehinggalah dia perlu pegang sendiri. Sebab dia seorang yang kinestatic.

Tak ada cara yang lebih baik atau pandai. Ini cumalah cara kita menerima dan menyampaikan infomasi ke otak.


3. Tenaga / Emosi Perkataan Sama Level Dengan Perbuatan


Situasi: Anak ingin mengajak anak anda pergi mandi. Masa itu mungkin dia sedang seronok menonton televisyen. Antara mandi dan rancangan kartun kegemaran dia, mana yang lebih seronok?

Tentulah TV itu kan!

Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah, anda perlu tingkatkan tenaga anda dan create excitement.

Anda masukan elemen emosi dalam arahan anda.

Sekarang, anda perlu mengajak anak anda itu mandi dengan penuh excitement dan seronok.

Bila anda boleh samakan level tenaga dan emosi anda dengan perkara yang anda ingin dia lakukan, supaya anak anda teruja ikut arahan anda.


Sumber - ibuRose.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli