Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu Ambulans Dan Jururawat Cedera Dipukul Mat Rempit Selepas Tegur Minta Laluan

3 ulasan

Seorang pemandu ambulans mengalami kecederaan dan jahitan di kening akibat ditumbuk sekumpulan mat rempit selepas ditegur kerana berlumba.

Dalam insiden yang berlaku pada pukul 1.40 pagi berhampiran Plaza Tol Taiping Utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), pemandu berusia 53 tahun itu cedera di kening kanan, manakala seorang jururawat wanita turut ditendang.

Menurut mangsa yang enggan mendedahkan identitinya, ketika kejadian, dia sedang dalam perjalanan dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping untuk menghantar seorang pesakit bersama pembantu perubatan dan seorang jururawat.

“Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran plaza tol berkenaan, saya lihat terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai sedang lumba haram.

“Saya bertindak menegur dengan pembesar suara agar mereka memberi laluan, namun ia menyebabkan kumpulan terbabit marah dan mula menghimpit ambulans dengan motosikal.

“Seorang daripada penunggang terbabit terjatuh dan kumpulan berkenaan kemudian menyekat kenderaan saya,” katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Jelasnya, dia cuba ditarik keluar oleh antara empat hingga enam remaja lelaki sebelum menumbuk mukanya hingga cedera dan membelasahnya bertubi-tubi.

“Jururawat yang menjaga pesakit di belakang cuba membantu dan meleraikan kumpulan terbabit, namun dia turut ditendang.

“Apabila orang ramai di kawasan terbabit mula menyedari kejadian, kumpulan remaja berkenaan melarikan diri dan kami meneruskan perjalanan menghantar pesakit,” ujarnya.

Tambahnya lagi, laporan polis dibuat di Taiping selepas dia menghantar pesakit dan pulang ke Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan.

“Saya berjaya mengecam nombor pendaftaran motosikal seorang daripada remaja yang memukul saya, manakala motosikal lain tiada nombor pendaftaran.

“Difahamkan polis sudah mengenalpasti pemilik motosikal terbabit dan tindakan serta siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Akibat kejadian itu kening saya kena empat jahitan kerana luka ditumbuk,” katanya.

Katanya, lokasi kejadian memang sering dijadikan litar lumba haram membabitkan motosikal dan kereta terutama pada malam minggu.

“Saya sering lalu jalan terbabit dan biasanya malam minggu bermula 12 tengah malam hingga 3 pagi pasti ada kumpulan mat rempit dan kereta yang berlumba di lokasi berkenaan,” jelasnya.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli