Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelakon Latiff Borgiba Meninggal Dunia, Pergi Menghadap Ilahi Pada Hari Lahirnya

Ditulis oleh seventeen century, 14 Dis 2017
2 ulasan


14 Dis - Pelakon veteran terkenal, Latiff Borgiba atau nama sebenarnya Abdul latiff T.K Gomu Kakah meninggal dunia di kediamannya di  Setapak Kuala Lumpur, kira-kira jam 3 petang tadi, lapor Utusan Online.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua hari ini iaitu pada hari lahirnya ke 80 tahun.

Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Allahyarham berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 dan memulakan kerjanya sekitar 1960-an, di mana watak yang dibawaoleh Allahyarham cukup dikenali terutamanya dalam drama-drama pendekar.

Memetik laporan Astro Awani, anaknya Ab Uzza menyatakan Allahyarham mengalami kekejangan pada awal Rabu lalu.

"Semua anak-anak datang melawat Allahyarham malam tadi. Bapa saya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat.

"Ayah sudah lama menghidap sakit tua," katanya.



Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem termasuk 'Dang Lenggang', 'Ribut di Hujung Senja' dan 'Anakku Suamiku". Antara produksi televisyen yang pernah dibintangi Latiff termasuk drama 13 episod berjudul, "Tekukur Tak Berbunyi Lagi".

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan 16 orang anak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar jam 9 malam ini.

Sumber: Utusan Online, Astro Awani
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di www.fanspoker.com
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli