Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pasangan Kalau Bahagia, Mereka Takkan Tayang Kebahagiaan Di Media Sosial

Ditulis oleh seventeen century, 28 Dis 2017
4 ulasan

28 Dis - Sudah menjadi kebiasan pada zaman media sosial ini, pasangan suami isteri sering berkongsi kebahagiaan atau kesedihan yang mereka alami di laman media sosial.

Jika imbas kembali pada zaman tanpa media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter pasangan suami isteri masih lagi dapat meneruskan kelangsungan hidupan mereka tanpa berkongsi dengan dunia luar kebahagiaan yang mereka rasai ketika itu.

Situasi yang menyebabkan keadaan ini semakin kritikal apabila mereka bukan sahaja berkongsi tentang ke mana mereka melancong, malah mereka turut berkongsi hadiah yang mahal, produk mewah yang baru dibeli, makanan yang sedap sehinggakan masalah rumah tangga juga turut dikongsi secara umum di media sosial. Bukankah kita sepatutnya menjaga aib sumai isteri?


Apakah sebenarnya tujuan mereka berkongsi perkara-perkara tersebut? Adakah ingin menunjukkan kepada umum mereka sedang bahagia? Atau mereka rasa tidak bahagia jika tidak berkongsi situasi rumah tangga mereka ketika itu?

Pasangan yang bahagia tidak perlu berusaha terlalu keras untuk mempamerkan pada umum bahawa mereka sedang bahagia. Ada beberapa perkara untuk membuktikan pasangan itu betul-betul matang, antara perkara-perkara yang berikut seperti:

1. Cukuplah hanya pasangan yang rasa

Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial.

Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikmati rasa bahagia? Tepuk dada tanya selera.

Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.


2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.

Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3. Risau takut masuk kategori RIAK
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri.

Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?


4. Tak nak bahayakan kehidupan keluarga

Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan diri anda dengan kes jenayah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat.

5. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki

Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini.

Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.

6. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.

Adakah kita tergolong dalam kalangan pasangan yang matang atau kita lebih selesa orang ramai tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kita?


Semuanya di tangan anda, apa yang anda kongsikan kepada umum adalah hak anda sebagai manusia dan penerimaan mereka yang melihat juga adalah hak mereka sebagai pemerhati sama ada ingin mengecam tindakan anda atau memuji kebahagiaan anda.

Semoga perkongsian ini dapat mengubah serba sedikit persepsi anda tentang kebahagiaan rumah tangga adalah lebih manis jika dirahsiakan. Kepada pasangan bahagia diluar sana penulis doakan kekal bahagia hingga ke syurga.

Sumber: Elite Reader
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, 4man dan terpercay4

    BalasPadam
  3. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "