Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Kau Ikut Sunnah, Aku Ikut Kewajipan'', Kisah Kononnya Mampu Untuk Kahwin 2, Akhirnya Menyesal Tak Sudah

3 ulasan

Hidup berumah tangga ini bukan perkara mudah, kalau tak penuh ilmu di dada, ramai yang kecundang di tengah jalan. Sebelum kahwin memang la semua indah kan. Beruntunglah mana-mana pasangan kalau 'indah' sebelum kahwin tu berpanjangan hingga ke akhir hayat. Tapi, macam mana kalau ada pasangan yang mula buat perangai, perangai pula bukan biasa-biasa. Tiba-tiba ja nak pasang dua, maka mulalah timbul pelbagai masalah lain hingga berlaku penceraian.

Begitulah apa yang dilalui oleh wanita ini seperti yang dikongsi di page Kisah Rumah Tangga. Suaminya kata mampu untuk beristeri dua, tetapi lepas kahwin baru lain pula yang jadi. Hingga kereta isteri lama pun diambil tanpa kebenaran untuk diberikan kepada isteri baru. Jadi, dengan musim cuti sekolah ramai yang ambil kesempatan untuk menamatkan zaman bujang, apa kata korang renung sikit kisah ini agar dapat dijadikan pedoman hidup berumah tangga kelak.

Assalamualaikum. Suami aku nak kawen lain, aku kata mampu ke? Kawen la. Dia jawab mampu. Dia gaji RM 6k, aku RM 5k.

Lepas dia kawen aku tak nak da bayar segala kewajiban dia. Aku tak kacau gaji aku. Dia marah aku tak tolong dia lagi, kata aku melampau. Aku jawab la ko ikut sunnah, aku ikut kewajipan. Kata mampu jadi buktikan.

Dia langsung tak mampu. Mana hutang lagi. Nafkah aku dia dah culas. Hebat betul kan. Aku biarkan semua dahulu. Anak-anak pun da meluat dekat dia dengan perangai dia, dah tak tenang kat rumah.

Anak-anak tak payah ajar dah pandai menilai la. Bil-bil segala dia tak bayar. Dah bergelap rumah elektrik kena potong. Takpe, aku suruh anak-anak bersabar. Aku suruh dia bayar semuanya lagi sekali. Dia tetap tak nak.

Jangan kau menyesal wahai suami! Dalam diam aku plan nak pindah kat Sabah negeriku tercinta. Segala harta aku kat sni aku jual. Kereta aku ada dua. Dia bagi kereta aku satu kat bini muda dia. Demi Allah aku tak redha guna harta aku. Aku minta dipulangkan dia tak nak. Aku balik kat Sabah bercuti 2 minggu sambil urus perpindahan sekolah anak-anak aku.

Di Sabah juga aku tuntut fasakh kat Kota Kinabalu. Lepas dua minggu aku balik KL. Dia pulang rumah marah surat tuntutan fasak sampai kat dia. Aku cakap la, ko tak mampu . Rumah ni dah ko serahkan segala tanggungjawab kat aku. Baik aku tak da laki. Perangai ko da macam ni. Tak pela ko kan kebal nak tongkah dosa dunia.

 Aku bagi tau semua tentang perpindahan aku dan anak-anak. Dia menangis meraung. Tak guna da menangis wahai suami dah terlambat. Hati ku dah tawar. Rasa percaya tu mungkin boleh dipupuk tapi rasa hormat yang hilang ini tak mungkin ko dapat semula. Aku dah tak nak hormat setia dan taat pada mu lagi. Sebab ko yang ajar aku semua tu.

Ko tak pernah bimbing aku jdi isteri solehah. So, rumahtangga ni untuk apa. Bermula la kerja aku kat Sabah. Kami pun da berpisah. Bila renung jauh-jauh tak pernah sangka jadi begini. Zaman ni dorang paksa diri mampu, sebenarnya tak. Ada hati tolong orang, isteri sendiri pun tak pernah berjemaah.

Lepas berpisah kereta aku yang bini dia gunakan aku suruhla pulangkan. Tapi dorang tak nak. Aku jual kat bestfriend aku tempat kerja lama. Aku bagi kunci lain, dia pergi la. Dia pergi la ambik bagi tau dia dah beli. Bini ex aku tu mengamuk dia Whatsapp aku macam-macam. Aku krik krik je. Tak da faedah.

Tenang hidup aku sekarang. Hanya perlu jaga anak dan diri sendiri tak susah pon. Bebas kesana kemari tak payah minta izin segala. Aku benci lelaki begitu sebab aku juga adalah mangsa kehancuran rumah tangga ibu dan ayahku.

Ayahku yang kejam sampai ke hari tak da ruang dia di hati aku. Nantila aku cerita pula ya. Kalau ada nak follow la. Hahaha. Nak bersiap pergi kerja.

Sumber : Kisah Rumah Tangga
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. F4ns Bett1ng Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli