Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Kalau Anak Kena Denda, Umpama Saya Gagal Mendidik Anak'', Sebab Itu Orang Tua Dulu Tak Kisah Sekolah Hukum Anak Mereka

Ditulis oleh Eddy Hassan, 26 Dis 2017
4 ulasan

Baru-baru ini tular kes seorang cikgu yang disaman oleh ibu bapa kerana mendakawa anak mereka telah ditampar oleh cikgu tersebut. Kes tersebut ternyata mendapat liputan meluas media selain ada netizen yang mengecam tindakan ibu bapa pelajar tersebut yang didakwa memanjakan anak mereka.

Malah ada juga yang berpendapat, ibu bapa moden mudah ditipu dan terlalu percayakan anak hingga cepat melatah apabila diambil tindakan oleh pihak sekolah.

Berbeza dengan orang lama, mereka menganggap bahawa ia perkara yang amat memalukan jika anak mereka dikenakan denda oleh pihak sekolah seperti yang dikongsikan oleh Jaafar Abd Karim, 87, andai sembilan anaknya menerima hukuman daripada pihak sekolah.

“Kalau anak saya kena denda di sekolah, ia diibaratkan satu perkara yang amat memalukan buat diri saya,'' katanya.

Ujarnya lagi, sebagai ibu bapa dan ketua keluarga, dia perlu bertegas dalam membesarkan lima anak lelaki dan empat anak perempuannya.

“Sebab itu saya kata, kalau anak saya dihukum di sekolah, ia memalukan umpama saya gagal mendidik mereka. Jadi saya tidak kisah anak saya dipukul atau dirotan oleh guru.

“Kalau saya dapat tahu, biasanya guru akan maklumkan, saya akan hukum mereka. Namun hukuman itu bukanlah satu deraan tetapi sebagai pengajaran buat diri mereka,” kata datuk kepada 30 orang cucu ini.

Baginya, dia amat berstukur kerana berkat ajaran guru di sekolah berjaya membentuk anaknya menjadi manusia yang lebih berdisiplin dan insan yang berguna.

“Anak-anak saya juga menggunakan cara yang sama untuk mendidik anak-anak mereka. Mereka tegas dan bertanggungjawab,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun memberitahu bahawa dia tidak mencmpuri urusan anak-anaknya dalam membesarkan cucu-cucunya, sebaliknya memberitahu hanya bertegas dalam mendidik anak-anaknya sahaja.

“Cucu-cucu saya ada ibu bapa mereka sendiri. Dengan cucu tidak sama dengan anak-anak. Kadang-kadang mereka mengadu ibu bapa mereka garang,” kata Jaafar.

Seorang lagi pesara, Nor Ashaha Shari, 54, memberitahu hubungan erat dengan pihak sekolah adalah perkara yang serin dititik beratkan olehnya.

Kata ibu kepada kepada 4 orang anak berusia 19 hingga 32 tahun ini, pendekatan tersebut adalah cara terbaik baginya untuk mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah.

“Anak saya pernah ditampar di sekolah kerana besar kepala. Guru memaklumkan tindakan itu bersebab. Saya sedikitpun tidak marah sebab saya tahu anak saya nakal.

“Apabila saya pulang ke rumah, saya bertanyakan hal tersebut kepada anak saya. Dia mengakui kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Ujarnya ketika mengulas bentuk hukuman yang dikenakan, dia memberitahu bahawa hukuman yang diberi adalah memadai dan tidak menyalahi apa-apa peraturan.

“Cikgu nak rotan? Saya izinkan. Cikgu nak lempang? Saya izinkan. Alhamdulillah, hukuman itu sedikitpun tidak memudaratkan anak saya.

“Malah atas hukuman itu dan ketegasan saya di rumah, anak-anak saya menjadi orang,” katanya.

Katanya lagi, ibu bapa pada hari ini harus mengetahui peranan dalam mendidik anak-anak, bukan sekadar hanya memberi perlindungan secara melampau. Malah, ibu bapa perlu mengenal siapa anak mereka kerana khuatir jika ibu bapa melindungi anak-anak secara melulu boleh menjejaskan tumbesaran anak-anak.

Sumber : SH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la sepak terpercaye di 1ndonesie
    buruan regis..

    BalasPadam
  2. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "