Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kadang-kadang, Makin Dilarang Makin Dia Buat" — Doktor Ini Kongsi Teknik Atasi Anak Yang Degil



Melarang dan memarahi anak kecil sudah menjadi kebiasaan buat semua ibu bapa. Ibu bapa selalunya akan memarahi anak jika mereka cuba membuat perkara-perkara yang merbahaya seperti menyentuh benda tajam dan panas, bermain di tepi longkang dan sebagainya. Namun, kadang kala larangan itu langsung tidak diendahkan tetapi si anak tetap melakukan perkara tersebut.

Ibu bapa boleh menjadi tertekan dengan keadaan tersebut dan boleh bertindak spontan seperti memukul anak dan beranggapan bahawa anak mereka terlalu degil dan tidak mendengar kata.

Menurut Doktor Taufiq Razif di akaun Facebook beliau, ibu bapa perlu mengenal pasti anak-anak tergolong dalam kategori Auditory atau Kinestetik. 


"Dulu saya ingat anak saya degil, Maryam Soolihah ini, kalau dilarang memang tak makan saman. Kadang-kadang, makin dilarang, makin dia buat," katanya

Tambahnya lagi, "Rupanya saya silap, Bila kita larang ni, kebanyakan kanak-kanak AUDITORY akan dengar cakap sebab mereka mudah faham bila kita guna perkataan."

Menurut Doktor Taufiq, Maryam Soolihah seorang anak yang Kinestetik. Berkali-kali cakap 'jangan' sekalipun memang sukar untuk seorang anak Kinestik faham.

"Jadi, kalau nak larang dia pegang gelas panas, saya perlu beri dia rasa dulu apa itu panas. Kalau nak larang dia main pokok kaktus yang tajam, saya perlu beri dulu dia menyentuh hujung duri yang tajam." jelas Dr. Taufiq

Anak Kinestik ini lebih faham dengan pengalaman berbanding pengajaran. 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  2. yuk.. gabung di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g dan menangkan hadiah menariknya,
    untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli