Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Juruterbang 'Lukis' Pokok Krismas Gergasi, Lengkap Dengan Perhiasan Bola Kristal Ketika Lakukan Ujian Penerbangan


Dengan Hari Natal yang akan kunjung tiba tidak lama lagi, orang ramai terutamanya penganut agama Kristian mempunyai pelbagai cara untuk menyatakan kegembiraan dan meraikannya.

Itulah yang dilakukan oleh seorang juruterbang ini apabila bertindak 'melukis' sebuah pokok krismas gergasi yang dihiasi dengan bebolanya sekali di Jerman, petang Rabu dengan  pesawat Airbus 380 yang diterbangkannya.


Walau bagaimanapun lukisan tersebut tidak kelihatann secara nyata sebaliknya hanya terpapar secara maya di atas sebuah peta yang memantau perjalanan sesebuah pesawat. Lukisan tersebut boleh diakses oleh orang ramai dengan melawati akaun twitter Flightradar24.

Pesawat tanpa penumpang tersebut mengambil masa selama 5 jam 30 minit untuk melengkapkan lukisan gergasi tersebut yang mula berlepas pada jam 12.47 tengah hari dari Lapangan Terbang Hamburg.

Juruterbang tersebut dilaporkan sedang membuat ujian penerbangan terhadap pesawat tersebut namun mempunyai idea lebih menarik bagi mendapatkan kelulusan penerbangan.

''Siap. Pokok krismas lengkap dengan hiasannya dari pesawat Airbus 380,'' kata Flightradar24 melalui satu kemas kini di twitter yang turut memuat naik karya 'agung' juruterbang tersebut.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama seseorang juruterbang bertindak melakukan aksi sebegini ketika menerbangkan sesuatu pesawat.

September lalu, juruterbang Tentera Udara Diraja British menarik perhatian orang ramai apabila bertindak 'melukis' gambar kurang sopan di ruang udara yang menerima kritikan orang ramai.

Di Britain, orang awam dapat mengakses kepada data radar yang memantau perjalanan sesebuah pesawat menyebabkan tindak-tanduk juruterbang di udara sering kali diperhatikan oleh peminat-peminat aeronatik.

Dalam satu kejadian yang lain pula, juruterbang yang menerbangkan pesawat Boeing 787-8 Dreamliner dilaporkan bertindak 'melukis' bentuk badan pesawat itu sendiri di ruang angkasa Amerika Syarikat.

Pesawat tersebut berlepas dari Seattle dan menuju ke timur merentasi Montana, North Dakota dan Minnesota sebelum terbang ke barat daya.

Tindakan juruterbang tersebut hanya disedari apabila penelitian ke atas peta laluan pesawat tersebut jelas menunjukkan sebuah lukisan pesawat penumpang enjin kembar tersebut.


Sumber : The Sun


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  3. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. Dapatkan Bonus Menarik Setiap Harinya di Liburpoker
    • PROMO BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 25%
    • PROMO BONUS HARIAN 10%

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli